Seringkali kita mendengar luahan hati suami isteri yang sedih kerana masih tidak dikurniakan zuriat.
Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Mizan As-Syaitirie. Semoga perkongsian beliau memberikan manfaat kepada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat.
Coretan Malam...
Dulu hampir 8 tahun atok dan wife takde zuriat.. Boleh dikatakan setiap bulan, bila nampak wife tak solat, atok tau dia tgh uzur.. Maksudnya tak sangkut lagi ler... Memula tu memang terasa.. Lama-lama tu dah jadi biasa..
Tak mengharap langsung pun.. Setakat org tanya2 ni, kami buat bodoh je.. Lantak ler nak tanya apa pun.. Paling tinggi kami senyum je.. Jawab karang, kasar bunyi nyer..
Memula dulu kalau pergi Parkson, memang elakkan lalu kat bahagian baju bebudak.. Janggal.. Pastu kami ubah cara kami.. Kami belek baju2 comel tu.. Kami masuk kedai baby berangan mcm ada anak sendiri..
Satu hari wife cakap, dia nak beli baju2 ni.. Nak hadiahkan kat anak-anak buah.. Atok cakap sukati la.. Daripada baju, mainan sampai ke barang kemas dia belikan.. Suka dia bila tengok anak buah bergaya..
Dia kalau nampak ada baby kecik, tak kira anak siapa, dia akan bagi duit "tilik bayi".. Paling sikit RM5.. Amek berkat kata dia.. Atok plak, kalau pegi 7E ke, ada bebudak dengan mak bapak dia nak beli jajan, kalau waktu tu ada duit lebih, atok akan bayarkan.. Pastu pegang kepala budak tu.. Amek berkat..
Kata orang, budak memang taktau nak do'akan kita lagi.. Tapi dorang ni suci.. Takde dosa.. Malaikat yang akan do'akan kita bagi pihak dia.. Pastu macam2 ikhtiar la kami cuba.. Buah zuriat daripada Mekah, berurut sana sini, jamu tu jamu ni, supplement tu supplement ni, pegi jumpa ramai gynea... Tapi nan hado!
Pastu ada sorang Ustaz ni bagitau atok.. Kalau nak cepat dapat anak, satu je syaratnya.. ISTERI KENA BEBETUL RASA BAHAGIA.. JANGAN MARAH-MARAH DIA.. KENA MANJAKAN DIA.. Pastu, dengan rasa terpaksa (hehehe) atok mula manjakan wife giler-giler.. Orang pompuan ni adat le.. Bila kena manja, kadang2 kepala tu jadi sikit besarlah.. Hehehe.. Tapi atok sabar.. Layankan je.. Daripada terpaksa, lama-lama jadi rela.. Sebab bila isteri ni bahagia, dia akan layan suami dia mcm raja.. Atok gak yang untung.. hehehe..
AlhamduliLLaH, pastu ALLaH hadirkan budak kuntet sorang ni dalam hidup kami.. Bermula la episod kami bertiga pula setelah sekian lama hidup berdua.. Jadi, kepada pasangan yg masih menanti zuriat, InshaALLaH rezeki korang ada.. Ikut je petua-petua ni eh..
Kredit
Kredit
from :) http://ift.tt/2j1KVeY
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jPN8yD
via MerahHatiCintaku.blogspot.com