Sakit gigi amat menyeksakan? Nak buat kerja pun tak senang. Apa kata anda cuba petua ni, ada 7 cara admin senaraikan disini. Selamat mencuba!
1. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
2. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
3. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
5. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
6. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
7. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
from :) http://ift.tt/2klvRh6
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jkanQ1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com