Tuesday, 31 January 2017

Gadis Ini Sesat 4 Jam Di Parkir Kereta Midvalley. Selepas Jumpa 'Security' Rupa²nya Ramai Pernah Kena. SERAM !!!

Kisah aku bermula pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu di sebuah Universiti Malaya. Sekarang merupakan cuti semester dan aku tidak pulang kerana bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya dan menetap di kolej kediaman di dalam kampus(rahsia). Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja( Model kot, hari2 dia shooting). Aku yang tak berapa lawa ni jadilah promoter je.


Hari Rabu lepas adalah hari cuti “Off Day” aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik, sedangkan kawan aku sibuk dengan modellingnya. Bila aku whatsapp dia kata dia balik awal pagi nanti. Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley. Maka bersungguhlah aku bukak laptop (line Ya Ampun Lajunya) dan tengok waktu tayangan. Jam menunjukkan jam 8 malam. Cerita yang aku nak tengok pulak ada jam 9, 11 dan 12 malam lebih kurang macam tulah. Aku dengan beria nak tengok tempat duduk, tup tup yang pukul 12 malam je ada tempat duduk yang logik (sape yang biasa tengok wayang akan faham). Sape pulak nak patah tengkuk duduk depan-depan. Maka aku belilah tiket wayang jam 12 malam.

Selesai solat Isyak dan layan movie sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan menghidupkan enjin dan meluncur laju ke arah Midvalley. Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu walaupun takdelah best mana trailer je A, hahaha. Selesai wayang aku keluar dan ke toilet (sejuk kot wayang tadi). Kat sini wayang aku pulak bermula. Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.

Masa aku masuk, memang aku sorang je sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde orang). Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang telinga, sah! Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog). Dalam keadaan takut campur geram aku pon pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang dan suara tu hilang. Aku pelik dan mulalah perasan yang aku sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah, memang takut.

Dalam kereta aku mula fikir pasal kejadian tu. Menyumpah betul bila aku berani tolak pintu tandas tu. Buatnya ada pompuan rambut panjang kenyit mata ke gelak mengilai baru padan muka. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar. Dari tingkat aku parkir aku turun dan ikut jalan KELUAR. Satu persatu tingkat aku turun. Aku hidupkan radio tapi signal dia macam hidup segan mati takmau je. Biasalah parkir kan. Aku terus menekan pedal berselang seli dengan brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar, dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar tiket. Masa tu aku rilek lagi. Ingatkan aku mamai sebab fikir kes kat tandas tu. Aku mula kira tingkat yang aku turun. 1….2….3….4…5..

Gila! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni aku panik dah. Aku amek telefon dan menyumpah-nyumpah sebab betul2 ada 1% dan takde powerbank dan takde line. Aku tak berhenti sebab aku takut. Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam cerita Desolasi. Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat. Aku panggil nama mak ayah aku. Keretaku masih bergerak dan aku cuba cari jalan keluar, aku cuba patah balik ke atas dengan harapan dapat jumpa semula pintu wayang yang aku masuk tadi. Misteri sangat bila aku naik ke atas pon sama. Aku macam naik 50 tingkat tapi semua benda sama pada setiap tingkat. Bayangkan perasaan aku. Aku turun pun sama, naik pon tetap sama.

Dalam masa gelabah tu jugaklah aku ada perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung jalan kat arah belakang kereta aku. Lembaga tu seolah-olah macam manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak pakai pape dan kedua tangannya ke atas. Aku nak toleh harap maaflah ye. Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak, aku siap doa supaya aku pengsan.

Tapi aku tetap meluncur naik dan turun cuba mencari jalan keluar. Aku dalam takut-takut tu sempat juga tengok cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu kat hujung setiap tingkat. Aku tak kira dah berapa tingkat aku turun naik sebab aku tau nak keluar ASAP! Padanlah takde CD Alquran dalam kereta yang aku kira boleh membantu masa saat-saat genting macam ni, nak baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat. Kira boleh buat drift macam tu (myvi boleh ye?)

Saat menakutkan ni berakhir secara tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila berjumpa “manusia” lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi walaupun dia tak faham, hahaha Nepal kot. Aku mintak dia tunjuk jalan, dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1 tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je kat dalam tu. Peliknya aku turun naik macam orang gila tak jumpa apa pon. Aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. “Adik baru turun ke? Dah pukul 6 ni”, tanya akak tiket tu. Baru aku sedar yang dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang “security” Melayu yang duduk kat tepi pintu.

Aku cerita segalanya kat brother tu dari A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku soalan macam2. Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam bilik servis kalau tak silap. Aku bersyukur aku tak jadi pape, Allah masih pelihara dan lindungi. Aku balik terus ke kolej lepas tu dan tak boleh tidur. Aku tunggu roommate aku bangun dan cerita segalanya. Aku dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni memang merubah aku. Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.

Semoga cerita aku dijadikan iktibar- RYTCI


from :) http://ift.tt/2jSZvGH
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jsIS8U
via MerahHatiCintaku.blogspot.com