Wednesday, 18 January 2017

Damai mu di sana sahabat ku Hj Zuraili

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakhabar  shabat-sahabat pembaca setia.

Selesai sahaja solat Isyak di surau Hotel Hilton Petaling Jaya, Abang tersentak apabila dapat wassap berita sahabat baik di Arab Saudi sedang kritikal kerana lemas. Setahu Abang dia sedang mengerjakan umrah, rupanya selepas selesai kerja umrah dia dan keluarga terus bercuti di Yanbu. Kawan Abang ni ada lesen diving dan sudah beratus-ratus jam menyelam bersama keluarga dan kawan-kawan khasnya di Pantai Yanbu.


Abang tak boleh lupa kebaikannya yang sentiasa akan berusaha untuk berjumpa dengan Abang samada di Madinah atau di Mekah setiap kali Abang ke Saudi. Penat macam mana pun dia tetap akan berusaha untuk datang. Dia bukan buat perkara yang sama kepada Abang malahan semua tetamu dari Malaysia yang dia kenal. Bila balik Malaysia dia akan datang ke rumah bersama keluarga menziarahi kami.

Kali terakhir Abang berhubung secara peribadi ketika Abang singgah satu malam di Yanbu. Sahabat Abang yang sudah berpindah di Jubail walaupun jauh tetap berusaha mencari kawan-kawan di Yanbu untuk teman kami makan. Abang berkenalan denga tuan Noor Zikhan Mohd Safar yang rupanya di Malaysia tinggal tak jauh dari rumah Abang, kecilkan dunia ini.

Sedang Abang mengimbau kisah bersama sahabat Abang dan berdoa semuga ALLAH selamatkan sahabat Abang yang sangat baik ni tetiba masuk lagi satu pesan.

Assalammualaikum semuanya. Suami saya dah pergi bertemu penciptaNya

Innalillahi wainnalillahi roji’un.  Abang tak dapat menahan air mata menitis deras. Semoga Allah tempatkn arwah bersama para solehin.

Al Fatihah

Damai mu di sana sahabat  ku Hj Zuraili Arahman Sidek. Semuga segala kebaikanmu pada ku ALLAH balas syurga.

Abang entah bila, semuga ada kebaikan dalam hidup ini untuk dilihat ALLAH. Jauhkan semua persengketaan kerana kawan yg baik dikenang ramai.

Sahabat Abang telah selamat dikebumikan di bumi Yanbu. Amanat arwah pada keluarga utk segerakan pengkebumian & dikebumikan di tempat meninggal. Keluarga arwah di Johor tak sempat berjumpa.

Menurut sahabat Abang di Yanbu, tuan Noor Zikhan Mohd Safar ini urusan jenazah paling cepat yang mereka pernah uruskan. Tahun lepas pun ada kes yang sama tetapi pengurusannya lebih lama daripada yang ini.

Itulah kerja ALLAH rupanya pengenalan Abang walaupun sebentar dengan Noor Zikhan Mohd Safar ada sebabnya. Sepanjang mengurusan jenazah arwah sahabat ini yang memberi berita terkini untuk dimaklumkan pada kawan-kawan bekas pelajar SMSJ di Malaysia. Kami di Malaysia sempat buat majlis tahlil dan solat ghaib untuk arwah.

Kita yang hidup kena belajar daripada setiap peristiwa. Esok belum tentu kita ada lagi. Tiada apa yg nak disombongkan dan nak digaduhkan.

Abang Denaihati
Pengembara Dunia
Kedai Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2jJh4tj
via Denaihati.com