Monday, 23 January 2017

Selesaikan Masalah Berdengkur dengan Citrex Asonor

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

apabila sebut mengenai tidur, kita mesti terbayangkan waktu untuk merehatkan otak dan badan selepas penat bekerja. Tetapi bolehkah kita tidur lena jika pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tidak tahu adakah selama ini kita tidur berdengkur yang menganggu tidur orang.

Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.

Siapa di antara anda yang mempunyai masalah dengkur?

Ramai Pasangan Alami Masalah Berdengkur

Penulis juga mempunyai masalah dengkur dan rata-rata ramai lagi kawan atau pasangan kepada kawan yang memaklumkan juga mengalami masalah dengkur yang sama. Dengkur boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

Peringkat pertama – berdengkur yang ringan dengan 4 atau 5 kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.

Peringkat kedua – berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.

Peringkat ketiga – berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil ‘sleep apnea’.

Peringkat ini semakin teruk dan boleh membawa kesan yang teruk jika tidak di cegah pada peringkat awal.

Cara mengatasi masalah dengkur

Berdengkur adalah satu fenomena biasa yang telah wujud ketika orang tidur. Kajian dan analisis berdasarkan kekerapan berdengkur menunjukkan bahawa lelaki adalah pendengkur lebih kerap berbanding wanita. Namun demikian, pelbagai tips juga sering diberi untuk mengatasi masalah tersebut seperti kurangkan berat badan, tidur mengiring, hindari ubat sedatif dan mendapatkan rawatan hidung.

Penulis mencadangkan Citrex Asonor. Semburan ke dalam hidung telah diuji dan direka untuk menyelesaikan masalah dengkur. Caranya mudah, hanya dengan beberapa pam semburan Citrex Asonor sebelum tidur.

Kebaikan Citrex Asonor

• Melegakan sehingga 76% daripada dengkuran
• Membantu untuk mengurangkan dengkur
• Meningkatkan kualiti tidur dan keletihan siang hari.
• Tidak sterodial dan boleh digunakan untuk rawatan jangka panjang.
• Mudah digunakan.
• Rekabentuk khas sistem sistem jet semburan hidung.
• Diuji secara klinikal
• Produk yang diimport dari Denmark

Citrex Asonor yang diedarkan oleh Pharmaniaga ini amat berkesan sekali. Mereka menunjukkan kajian klinikal bahawa masalah dengkuran dapat dikurangkan sehingga 76%. Jadi, ia memberikan jalan penyelesaian kepada golongan yang tidur berdengkur kuat ini. Mudah dibawa ke mana-mana dengan saiz 30ml yang dianggarkan penggunaan untuk sebulan.

Bagi yang ingin mencuba dan menyelesaikan masalah tidur berdengkur ini, dapatkan segera secara atas talian di DenaiSell.com

Kurang berdengkur. Tidur yang lebih baik!



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2jr4yOm
via Denaihati.com