Sunday, 1 January 2017

Doa Wanita Ketika Datang Haid Dan Nifas


Walaupun berada dalam keadaan kedatangan haid dan nifas atau dalam berhadas, kaum muslimat tidak sepatutnya membiarkan hari-hari tersebut berlalu dalam keadaan lompang sebaliknya berusahalah mendekatkan diri dengan Allah سبحانه وتعالى dengan amal-amalan soleh yang lain seperti membaca doa wanita ketika datang haid.

Doa Ketika Hari Pertama Kaum Wanita Haid


Fadhilat Doa

Jika seseorang perempuan yang kedatangan haid dan dia membaca doa berikut pada hari pertama haidnya itu, maka akan:~

Dihapuskan segala dosa-dosa yang telah lalu
Dimudahkan perjalanan darah haid.
Mendapat pahala beribadat sepanjang haid.
Meraih pahala 40 orang syahid.
Selamat dari azab neraka.
Dimudahkan melalui Titian Sirat.

Daripada Saiyidina Aishah r.ha. : “Tidak ada seorang perempuan pun yang kedatangan haid, melainkan haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di atas) pada hari yang pertama, maka Allah سبحانه وتعالى akan menulis baginya supaya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas titian Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan pangkatnya oleh Allah سبحانه وتعالى baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan empat puluh orang mati syahid. manakala perempuan itu dikira berzikir kepada Allah سبحانه وتعالى di dalam masa haidnya.”

~ Petikan dari kitab ‘Durratun Nasihin Fil Wa’zi Wal Israr’ karangan Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi.


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber: Shafiqolbu


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2itDgYa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iWVkwH
via MerahHatiCintaku.blogspot.com