from Sehinggit Media News http://ift.tt/2osaXMg
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nGM53m
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “10 orang terkaya Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi berita panas Debat anatara Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Mohd Nazri yang ditunggu ramai.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan pada 21/3/2017 di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kati, Kuala Kangsar telah dibatalkan atas arahan polis atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.
Karangkraf sebagai penganjur telah bertindak pantas dengan memohon diadakan di Dewan Kompleks Karangkraf. Lewat petang 31/3/2017, CEO Karangkraf, Dato Hussamuddin telah mengumumkan kelulusan telah diperolehi melalui siaran twitter dan Facebook peribadinya.
Alhamdulillah,surat dari OCPD Shah Alam baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on.
Juga di umumkan di Sinar TV.
Dialog Tun M, Nazri sah, polis tiada halangan. Dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan akan berlangsung pada 7 April ini, jam 9.00 malam – Kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sesi dialog juga tidak mendapat halangan daripada pihak polis.
Siaran lansung Dialog Tun Mahathir vs Dato Seri Nazri akan disiarkan secara lansung di Sinar TV pada jam 9 pm, 7/4/2017.
Insyaa Allah jika semua berjalan lancar Abang akan menjadi wakil kepada blog Denaihati untuk membuat liputan Wacana/Dialog Tun Dr Mahathir vs Dato Seri Mohd Nazri Aziz.
Semuga semua berjalan lancar untuk kebaikan Malaysia.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
"Sebenarnya pertama kalinya yang dihisab (di tanya serta disuruh pertanggung jawaban) dari seluruh amalan seseorang hamba di hari kiamat nantinya adalah shalatnya. Apabila shalatnya baik jadi beruntunglah ia dan bilamana shalatnya rusak, sungguh kerugian menimpanya." (HR. Tirmidz).
"Sebenarnya yang mengada-adakan kebohongan, hanya beberapa orang yg tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, serta mereka tersebut beberapa orang pendusta." (QS. An-Nahl ayat 105)
"Barangsiapa minum khamr, pasti Allah berikan minum padanya dari air panas neraka Jahannam" (HR. Al Bazzar)
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun lalu ia membetulkan apa yang dikatakannya itu, jadi sebenarnya ia telah inhkar pada apa yang telah di turunkan pada Nabi Muhammad SAW" (HR. Abu Dawud, at Turmudhi serta Ibnu Majah)
"Apakah yang memasukkan anda ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dulu tak termasuk juga beberapa orang yang kerjakan solat, serta kita tak (juga) berikan makan orang miskin, serta adalah kita mengulas yang batil, selari dengan beberapa orang yang membicarakannya, serta adalah kita mendustakan hari pembalasan, hingga datang pada kita kematian ". Jadi tak mempunyai matlamat lagi untuk mereka syafa'at dari beberapa orang yang membahagikan syafa'at. "(QS. Al-Muddaththir ayat 42-48)
"Hai beberapa orang yang beriman, jauhilah banyak purba-sangka (keraguan), lantaran beberapa dari purba-sangka itu dosa. Serta jangan sampai mencari-cari ketidak lebih baikan orang serta jangan sampai kamu mengumpat keduanya. Adakah seseorang di antara anda yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Jadi tentunya anda terasa jijik padanya. Serta bertakwalah kepada Allah. Sebenarnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. Al-Hujurat ayat 12)
“Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
Buat julung kalinya Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA dipamerkan di Muzium Negeri Kedah. Kesemua ini telah mendapat permintaan sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan itu, di atas usahasama kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Dragon Heart Sdn Bhd, maka pameran ini sedang berlangsung.
Alhamdulillah tim Denaihati Network diberi peluang untuk menyelenggara dan membuat hebahan melalui atas talian. Sejak 20 Mac 2017 yang lalu, pengunjung terus menerus datang dari pelbagai lokasi jauh dan dekat untuk melihat sendiri artifak peninggalan baginda Nabi Muhammad SAW.
Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat artifak-artifak Rasulullah SAW yang dibawa khas ke negara kita.
Kehadiran YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Kedah cukup bermakna dan merasmikan pameran yang diadakan selama sebulan di Muzium Negeri Kedah ini.
Sebanyak 25 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.
Ramai pengunjung yang hadir seawal 10 pagi dan ada yang datang dari madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun yang bukan beragama islam yang ingin melihat sendiri artifak Rasulullah SAW ini.
Artifak-artifak yang lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.
Bagi artifak-artifak yang dipamerkan, sudah tentu ia dijaga rapi memandangkan ia didapatkan dari pemegang koleksi peribadi dari seluruh dunia. Lihat video di bawah yang merupakan sebahagian daripada majlis perasmian di pameran artifak Rasulullah SAW.
Ada beberapa aktiviti di luar muzium seperti memanah, jualan makanan dan juga pakaian.
Bagi pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.
Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com dan terus ke pameran artifak.