Thursday, 30 March 2017

Boleh Terima Rawatan Di Wad Kelas 1 Percuma Sampai 10 Tahun, Antara Keistimewaan Penderma Darah Yang Ramai Tak Tahu


Ramai orang takut untuk menderma darah, ketika ini tabung darah negara amat memerlukan orang ramai untuk menderma darah di mana bekalah darah yang ada seharian digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang.

Sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan dalam menderma darah, antaranya

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan 

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma. 

2 . Pertambahan Sel Darah 

Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

3. Mengurangkan Risiko Kanser 



Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak. 

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung 

Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.

“Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.

Apabila anda menderma darah, tidak perlu fikir siapa penerimanya atau bagaimana ia akan digunakan. Setiap hari ada saja orang memerlukan darah untuk menyambung hidup. Darah yang diderma boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, Faktor VIII dan IX - semuanya ada kegunaan tersendiri.
Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talassemia, leukemia, orang yang kehilangan darah (mangsa kemalangan, kebakaran, pembedahan) dan kekurangan darah (anemia). Manakala produk darah seperti plasma beku segar dan Faktor VIII serta IX untuk pesakit haemofilia.”

Tahukah Anda Yang Menderma Darah Membuatkan Anda Mempunyai keistimewaan Layanan Di Hospital Kerajaan?

Penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma berdasarkan Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 seperti di bawah.

1 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan) - Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.(Hepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.)

2 ~ 5 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

6 ~ 10 kali - Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.


Harga Cas semasa rawatan di hospital kerajaan. cas rawatan pesakit luar
hanya RM1 dan rawatan di jabatan pesakit luar pakar RM5

11 ~ 15 kali - Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.

16 ~ 20 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.

21 ~ 30 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.

31 ~ 40 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.

41 ~ 50 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas.

Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai.

Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja.

Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini

Jadi, tunggu apa lagi, selain menyelamatkan nyawa orang, ianya memberi kebaikan kesihatan kepada kita selain keistimewaan yang boleh kita nikmati, jom derma darah. 

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2obQTAg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oBNKqh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com