Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setahun yang lalu apabila kami dapat berita anak saudara kemalangan dan dimasukkan ke ICU Hospital Kluang, kami bergegas ke sana. Berpandu Waze kami telah dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit, kemudian apabila tukar guna Google maps kami juga dibawa kelokasi yang sama. Kedua-dua aplikasi meminta kami parkir di tepi jalan dan berjalan ke dalam ladang kelapa sawit untuk menuju ke Hospital.
Lokasi tersebut sangat jauh tersasar lebih kurang 20 km dari lokasi sebenar. Biasalah bila sudah sesat isteri dan anak-anak memang merungut sebab katanya degil tak mahu dengar nasihat mereka. Meraka sudah tunjukkan jalan sepatutnya tetapi Abang berdegil sebab pengalaman menggunakan Waze dan Google maps selasa kembara di luar negara memang tidak pernah bermasalah.
Hari ini baru dapat hikmahnya, dikala capaian Celcom sangat lemah dan iPhone 6 plus macam merajuk sebabkan Waze dan Google maps tidak dapat digunakan untuk mencari rumah kenduri. Rupanya lakosi majlis perkahwinan yang kami tuju adalah dilokasi yang ditunjuk oleh Waze dan Google maps ketika kami sesat setahun yang lalu. Kali ini kami tidak sesat kerana bergantung harap sepenuhnya pada TUHAN bukan gajet lagi. Sampai tanpa sesat di Felda Kahang Barat, Kluang meraikan jemputan sahabat bisnis.
Betapa setiap kejadiah pasti ada sesuatu yang TUHAN ingin tunjukkan cuma cepat atau lambat. Kita sahaja yang selalu jadi insan yang tidak sabar.
Teringat dan rasa rindu pada arwah anak saudara yang pergi lebih awal meninggalkan kami.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2ntHPnF
via Denaihati.com