Friday, 31 March 2017

Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Buat julung kalinya Pameran Pendidikan Tamadun Islam Mendahului Zaman Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA dipamerkan di Muzium Negeri Kedah. Kesemua ini telah mendapat permintaan sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan itu, di atas usahasama kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Dragon Heart Sdn Bhd, maka pameran ini sedang berlangsung.

Alhamdulillah tim Denaihati Network diberi peluang untuk menyelenggara dan membuat hebahan melalui atas talian. Sejak 20 Mac 2017 yang lalu, pengunjung terus menerus datang dari pelbagai lokasi jauh dan dekat untuk melihat sendiri artifak peninggalan baginda Nabi Muhammad SAW.

Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat artifak-artifak Rasulullah SAW yang dibawa khas ke negara kita.

Kehadiran YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Kedah cukup bermakna dan merasmikan pameran yang diadakan selama sebulan di Muzium Negeri Kedah ini.

Sebanyak 25 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.

Ramai pengunjung yang hadir seawal 10 pagi dan ada yang datang dari madrasah-madrasah, sekolah-sekolah mahupun yang bukan beragama islam yang ingin melihat sendiri artifak Rasulullah SAW ini.

Artifak-artifak yang lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.

Bagi artifak-artifak yang dipamerkan, sudah tentu ia dijaga rapi memandangkan ia didapatkan dari pemegang koleksi peribadi dari seluruh dunia. Lihat video di bawah yang merupakan sebahagian daripada majlis perasmian di pameran artifak Rasulullah SAW.

Kepada semua yang berada di utara semenanjung dan berhampiran dengan Alor Setar, datang beramai-ramai bersama keluarga dan sanak saudara. Bawalah ke Muzium Negeri Kedah untuk menghayati pameran artifak Rasulullah SAW ini.

Ada beberapa aktiviti di luar muzium seperti memanah, jualan makanan dan juga pakaian.

Bagi pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

Belian tiket secara atas talian di www.tamadunislam.com dan terus ke pameran artifak.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2oEXKz4
via Denaihati.com