Tuesday, 28 March 2017

4 Kebaikan Minum Air Kelapa Untuk Wanita Yang Sedang Hamil!


Air kelapa adalah minuman yang menyegarkan dan disukai ramai kerana membantu menjaga tubuh agar tidak terhidrat dan segar. Minuman ini mempunyai banyak khasiatnya kepada tubuh kerana memiliki keseimbangan elektrolit yang sama seperti darah. Air kelapa juga baik untuk wanita hamil. Nak tahu apa kebaikannya. Baca info selanjutnya..

1. Memenuhi keperluan cecair tubuh

Keperluan cecair yang lebih tinggi menyokong peningkatan volum darah, pemeliharaan jumlah cecair amnion dan peredaran janin. The Institute of Medicine mencadangkan bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah tiga liter air per hari.

2. Sumber elektrolit penting

Selain memenuhi keperluan cecair, air kelapa juga merupakan sumber elektrolit penting yang diperlukan untuk membuat tubuh terhidrat. Nutrisi ini berupa mineral seperti kalsium, natrium, kalium dan fosforus yang berguna untuk membawa muatan elektrik dalam tubuh. Mineral-mineral elektrolit ini akan membantu menjaga tekanan darah dan keseimbangan cecair, menetapkan pH dalam tubuh dan menjaga otot supaya berfungsi dengan baik

3. Minuman menyihatkan

Ibu hamil harus mengelakkan ubat-ubatan dan makanan tertentu bagi mencegah kemasukan bahan yang berpotensi membahayakan bayi dalam kandungan. Antaranya ialah pemanis buatan dan nitrat. Air kelapa merupakan minuman semula jadi tanpa pewarna, penyedap atau pemanis buatan.

4. Rendah gula

Air kelapa rendah gula berbanding minuman lain. Sangat penting untuk mengehadkan makanan yang tinggi gula semasa hamil. Makanan tinggi gula boleh menyebabkan kesan sampingan terhadap berat badan bayi baru lahir dan berat badan ibu itu sendiri


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nh44fC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nsHUYR
via MerahHatiCintaku.blogspot.com