Hari Isnin yang lepas, kita baru sahaja menyambut Hari Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang baru, Sultan Muhammad ke V. Seperti dijangka, ada beberapa isu yang timbul antaranya mengenai penggunaan perkataan Duli Yang Maha Mulia.
Bagi sesetengah pihak, ada yang mengatakan perkataan Yang Maha Mulia tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Mereka mendakwa penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan.
Terima kasih kepada halaman Facebook Page The Patriot yang menjelaskan maksud Duli Yang Maha Mulia ini dengan ringkas dan jelas!
Maksud "Duli Yang Maha Mulia"
Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "selipar" manakala "Baginda" itu ialah baginda Rasulullah SAW.
Maksud "Seri Paduka Baginda"
Makanya "Seri Paduka Baginda" itu maknanya Raja yang berkuasa itu, meskipun segunung emas sepuluh mutu banyak hartanya, hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah, utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
Masalah ini timbul akibat kurangnya pemahaman bahasa Melayu itu sendiri. Tertarik dengan komen daripada seorang komentar yang mengambil bait lirik lagu nyanyian Malique (Too Phat):
Maafkan mereka,
Mereka tidak tahu,
Mereka tidak ramas buku,
Mereka segan ilmu,
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,
Maafkan mereka...
Diharap penjelasan ini jelas dan mampu membuatkan kita lebih bangga dengan keunikan dan kekayaan bahasa Melayu itu sendiri.
Sumber: Iluminasi
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pjvFij
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oKxenC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com