Sunday, 30 April 2017

“Saya Hanya Tak Mampu Berjalan, Bukannya Tak Mampu Hidup,” – Biarpun Cacat, Lelaki ini Bertugas Sebagai Pegawai Trafik Dengan Gaji RM9 Sehari


Dilahirkan dengan kecacatan tidak menjadi halangan kepada Magadlino Borces, 58, untuk bekerja dengan gaji RM9 sehari.

Lelaki di Filipina itu dilahirkan dengan kecacatan yang dikenali sebagai Amelia – satu kondisi kecacatan yang teruk pada anggota badan.

Biarpun tidak berkaki sempurna dan mempunyai tangan dengan hanya dua jari – itu tidak menghalang Magadlino bekerja seperti orang lain.

Magdalino keluar dari rumah pada awal pagi dan mengharungi terik matahari untuk mengawal lalu lintas sibuk di sebatang jalan yang mana kebanyakan dari pengguna suka memandu secara laju.

Magadlino berdiri di bahu jalan untuk memberi signal kepada para pemandu supaya memperlahankan kenderaan menggunakan tangannya disamping bantuan wisel.

Biarpun diupah hanya dengan RM9 sehari, Magadlino masih mampu menampung kehidupan sehariannya dan melakukan kerjanya bersungguh-sungguh.

Aksi Migadlino dirakam oleh seorang jurufoto, Ian Maclean.

“Saya hanya tidak mampu berjalan, bukannya tidak mampu hidup,” kata Magdalino.

“Kita semua mampu melakukan sesuatu yang hebat kerana cabaran hanya akan membuat kita lebih kuat.” katanya lagi.



Sumber: Caters TV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2plD0zj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qtMmqr
via MerahHatiCintaku.blogspot.com