Saturday, 29 April 2017

'Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Sebab Geram Suami Asyik Balik Lambat..Akhirnya Betul Dia Kemalangan'

Gambar Hiasan

Sekadar nk share pengalaman. saya dh 16 thun berkahwin. Ank 3 org. saya dan suami kahwin awal pada usia 21 thn ( kami berdua sebaya ). Habis spm, saya sambung belajar manakala suami terus bekerja. Mak mentua yg beriya2 nk kami kahwin awal. Belum sempat saya habis belajar, saya dah kahwin. Di awal perkahwinan, kami pjj selama setahun. Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung. 

Allah permudahkan urusan saya, selesai sahaja pantang, saya ditawarkan kerja di bandar yg tak jauh dari kg. Rezeki anak…. Kami menyewa sebuah rumah kg sahaja waktu tu. tak lama selepas tu, ujian pertama dalam perkahwinan. Suami saya dah pndai balik lewat. Setiap hari balik lewat mlm. Hati saya dah syak macam-macam. 

"Saya Doa Supaya Suami Kemalangan"

Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia x jawab. Nasib baiklah waktu, ada jiran2 yg baik. Dah tengah malam, baru dia balik. Mase tu memang menyesal sebab tak jawab kol saya ( waktu tu saya guna telefon jiran, telefon bimbit xde line, jd xley nk hntar sms). 

Lpas kejadian tu, saya terpaksa menumpang rumah mak saya. tapi suami masih buat peragai. Pkul 2, 3 pagi baru balik. saya malu dengan family saya sebab diorg dh mula bising. Akhirnya, saya x than sangat. Tetiba je waktu tu saya berdoa, saya cakap, Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ni dia eksiden… masa tu saya geram sangat dan terkeluar je doa yg mcm tu. 

Lepas tersedar tu, saya istigfar smula. Mungkin agknya doa saya doa hamba yang teraniaya, Allah makbulkan doa saya. dalam pukul 5 pagi, saya dengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok dia dengan lebam dan luka sepanjang 1 inci di kepala. Katanya kemalangan langgar babi. 

Mengucap saya waktu tu, terdetik dalam hati, Allah perkenankan doa aku. Hati saya makin kuat mengatakan memang dia ada buat pasal dengan saya. Tapi saya sabar sebab xnk gaduh dkt umah mak saya. 

"Sorok Telefon"

Tak lama lepas tu, kami pindah ke rumah lain. Mase tu saya mula siasat. saya perasan dia selalu sorok telefon bimbit dia. Suatu pagi, waktu dia tengah mandi, saya cari telefon dia. Jumpa dan terus saya buka telefon tu. tengok sms dari perempuan, ber abg2 lagi… saya tunggu dia kat pintu bilik. 

Selesai dia mndi, saya tnya dia sape perempuan yg sms dia tu? dia x jwb… saya lempar telefon tu ke dinding. Hancur!! ( sebelum tu, saya dah salin siap2 no tel perempuan tu).suami saya menanggis n merayu xnk buat lagi. merayu jangan tinggalkan dia. saya g kerja mcm biasa, smpai pej, saya kol no perempuan tu. saya cerita hal sebenar n ajak jumpa. 

Perempuan tu x tahu suami saya dh ada isteri. Suami saya balik lmbt sebab selalu dating ngan perempuan tu. perempuan tu jnji, xnk kacau suami saya lagi. tapi saya x bodoh, esok saya pergi intip dia kat tmpat kerja. Memang diorg jumpa lagi. masa tu saya xda kereta. saya follow diorg dengan teksi. Rupanya pergi lunch sekali. 

Memang geram waktu tu. tengah diorg makan, saya pergi. Sirap atas meja diorg tu saya simbah atas muka suami saya dan muka perempuan tu . mase tu saya cume cakap dalam nada yg plagi lembut dan manja, sila pilih saya atau perempuan tu? dia bangun dan pilih saya. saya tnya perempuan tu, kenapa ganggu suami saya lagi? perempuan tu cakap, sebab xboleh nak lupa.. konon cinta sangat la. 

Saya bgtahu perempuan tu, lpas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan utk kacau ayah engkau! Aku x boley buat engkau, aku akan buat pada family engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau ( sedangkan saya x tahu apa2 pun, gertak aje lebih). Lpas tu saya blah. Suami saya ikut saya balik.

"Buat Hal Lagi Lepas Dapat Anak Kedua"

Lpas kejadian tu, suami saya jd lelaki mithali utk beberapa bulan. saya pula mengandung ank kedua dengan harapan, bila bertambah ank suami akan lebih bertanggung jawab. Lahir ank kedua, sekali lagi buat peragai. Dengan budak perempuan dkt ngan rumah sewa saya. Siap hantar g kerja bagai. sekali lagi saya kumpul bukti, cukup bukti, terus serang. Kali ni dua2 saya belasah. 

Perempuan tu tahu suami saya dah beristeri, tapi gatal jgak nak melayan. Hati saya dh mula tawar. tapi masa tu, saya muda, saya takut kalau saya bercerai, mesti keluarga saya salahkan saya. tapi hati saya dendam dengan suami. 

Mulai hari tu, saya x bertolak ansur dah dengan suami. Gaji saya, saya gunakan sepenuhnya utk saya.saya x bayar ansuran kereta sebab kereta nama dia. saya beli makanan utk saya dan ank2 shaja. Gaji saya joli dengan ank2 saya. 

Akhirnya, kereta dia kena tarik. saya buat bodo. G kerja jalan kaki. Kwn2 dlu semua hilang. Keperluan anak, 100% saya mntak dari dia. Susu ank x ada, saya mntak dia g beli. Dia cakap, nak g dengan apa, kereta xde? Tunggu esok dia balik kerja dia beli, saya cakap pergi jln kaki! Anak nak susu x boleh tunggu esok.

"Saya Jadi Dendam Pada Suami"

X lama lepas tu, suami naik pangkat. Gaji pun naik. Suami sambung bayar kereta kwn dia, iswara. Dah ada kereta, beli pulak telefon baru. Dia lupa, dia dalam perhatian saya lagi. Sekali lagi buat peragai. 

Suami saya yg gatal sbnarnya. Sibuk dok sms perempauan lain. Kantoi skali lagi. sekali lagi telefon jd mangsa, pecah telefon tu saya kerja kan. saya tnya sape perempuan tu, dia x jwb. Memang mase tu saya naik angin. saya kejar dia dengan pisau potong ayam. Nasib baik dia sempat masuk bilik dan kunci pintu. 

Lpas peristiwa tu, saya memang dendam dengan dia. Hidup dia pun kucar kacir. Kerja kena buang sebab selalu dtg lambat. Sejak kes tu, saya memang abaikan dia walaupun serumah. saya siap g kerja, dia saya lantakkan je. Ank2 saya tinggalkan dengan dia. Pandai2 lah dia urus. Sebab tu dia selalu lambat g kerja. Lepas kena buang, kereta x mampu bayar. 

Kwn dia amek semula kereta iswara tu. saya memang x tlagi. Masa tu saya xde kereta lagi. saya g kerja naik bas atau teksi. saya rela susah naik bas darip beli kereta, sebab saya tahu, klu saya beli kereta, mesti dia yg akan tumpang senang. 

"Saja Nak Sakitkan Hati"

Setiap malam, saya akn terbyg semua kecurangan suami. Hati rasa mcm terbakar. Waktu tu saya x boleh tengok muka dia. Jadi geram sangat. saya nak dia rasa, mcm mn saya rasa. Keesokkannya, sebelum balik kerja, saya pergi ke bandar. saya beli sebuah telefon yg plagi murah dan kad sim yg baru. saya guna nombor baru tu utk sms ke no saya, kononnya ada org lain yg hantar pada saya. 

Sengaja saya simpan semua sms cintan2 dalam telefon saya.2,3 minggu tu saya asayaik dengan telefon saya. X berenggang dn telefon. Sebenarnya waktu tu, xde pape pun tapi saya sengaja berlakon supaya dia curiga. Memang Nampak dia curiga sebab dia dh mula tegur saya, saya bersms dengan siapa. 

Dah byk sms romantic dalam telefon saya, saya tinggalkan telefon saya sewaktu saya pergi kerja. Telefon baru tu, memang ada dengan saya. tengah hari tu, dia kol ke nombor baru saya. saya Cuma tersenyum. saya biarkan panggilan tanpa di jwab. Byk kali dia kol ke nombor baru saya, tapi saya x jwb hinggalah akhirnya dia sms, “ kau sape? Kenapa ganggu isteri aku! Jawab call aku!” saya rasa puas ati. 

saya nak dia rasa apa yg saya rasa biar pun terpaksa berlakon. Tak lama lpas tu, dia dtg ke pejabat saya dengan kereta kawan dia. Dia bawak saya pergi makan dan tnya siapa lelaki yang sms saya tu. saya hanya ketawa, dan saya tnya dia “ pedih x bang ?” saya tinggalkan dia dan terus balik pejabat.

"Sekarang Suami Ada Hobi Baru"

Sejak dari itu, suami saya berubah. 1 tahun saya amek mase untuk ikhlaskan hati menerima dia. Tiap2 mlm saya terbyg semua yg dia dh buat pada saya. Kesusahan dan keperitan saya waktu tu sukar saya nk gambarkan dengan perkataan. Akhirnya, saya terima dia. 

Saya mohon ampun pada dia. saya cium tgn dia. saya tahu, saya pun byk buat salah. saya tahu, saya kdg2 x dpt menahan marah bila tahu dia curang n khianati saya.suami saya menanggis teruk waktu tu. dia bgtahu saya, dia dah rasa apa yg saya rasa. dia menyesal. saya cakap pada suami, ini peluang terakhir yg saya berikan pada dia. saya nk dia betul2 berubah.

Alhamdulillah, suami pun dah berubah. Skrg dia pun dah berniaga sendiri. pernah sekali gulung tikar, 3 tahun lpas kami cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah.ank pun dah bertambah seorang lagi. kami pun dah semakin matang. Masih lagi bergaduh sekali sekala, tapi bukan sebab ada org ketiga… semua bisnes dia, saya yg uruskan. 

Dia jd kn saya org terpenting dalam hidup dia, dan saya pun jadikan dia org yg terpenting dalam hidup saya. Apa2 saja perkara, kami akan maklumkan. Walaupun perkara tu kecik, tetap akan beritahu. Dugaan smlm, walaupun pedih, mengajar kami byk perkara. Dugaan semalam, kami dah tempuh. Yg akan dtg, kami mohon Allah kuatkan hati kami utk menempuhi bersama2. 

Sekarang, suami saya byk masa di rumah. Cuma saya kdg2 bosan bila dia di rumah sebab suami skrg dah dpt hobi baru… membebel.. huhu… meningkat usia ni jd kaki bebel lah pulak! tapi saya terima. darip jd kaki perempuan, 10 kali saya lebih rela suami jd kaki bebel mcm skrg… doakan kami berkekalan ke jannah, isnyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Jadikan Allah utama dalam hidup kita, inshaAllah, kita akan kuat berdepan ujian Allah.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qh8Zlw
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2psUF6x
via MerahHatiCintaku.blogspot.com