Cara Mudah Buang Toksik Dalam Tubuh Dengan Semulajadi – Suka makan macam-macam tetapi bab nak buang toksik ramai yang pandang sebelah mata. Jangan… kalau biarkan kesannya badan jadi cepat letih dan mudah dapat penyakit lain. Nak tahu lebih jauh apa cara terbaik untuk jaga sistem imunasi, baca perkongsian penuh dari Puan Sumaiyah Abdullah ini…
Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang kita panggil ‘buang toksin’.
Kebiasaannya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan.
Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.
So, apakata kali ini kita amalkan resepi detox yang simple lagi menyihatkan.
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1 batang kayu manis
1 jag air
Cara-cara menyediakan:
Masukkan hirisan sebiji buah epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag/gelas yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama semalaman. Siap dihidangkan.
CARA EPAL DAN KAYU MANIS BANTU DETOX
Epal ni banyak serat dan bantu merangsang penghasilan hempedu dari hati yang penting untuk buang toksin. Dalam epal, ada pectin yang membantu dalam mendetox logam berat dan food additive juga.
Pastikan cuci bersih-bersih supaya dapat menghilangkan kesan racun pada buah epal jika beli buah yang tidak organik. Epal bukan sahaja boleh ambil mentah, tapi sedap juga untuk buat jus dan smootie.
Pada kulit batang kayu manis terkandung zat yang merangsang insulin. Aktiviti insulin akan melancarkan proses metabolisme glukosa sehingga menstabilkan kadar gula dalam darah.
Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Cara Mudah Buang Toksik Dalam Tubuh Dengan Semulajadi
Selamat mencuba…!
Sumber: Mingguan Wanita
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pk1vLF
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2q7Tl9m
via MerahHatiCintaku.blogspot.com