Laman media sosial facebook merupakan cermin dan keperibadian setiap orang yang sesuai dengan keinginan masing-masing.
Terdapat ramai orang yang menggunakannya sebagai tempat berniaga mencari rezeki serta mencari kawan namun kemudahan tersebut juga digunakan untuk mencari jodoh dan bercinta, ada cinta yang bermula di facebook membawa ke jinjang pelamin bagi yang bernasib baik, ada pula yang berakhir dengan kesedihan hingga mengakibatkan hilang nyawa.
Perkara inilah yang di alami oleh seorang gadis yang di dakwa baru balik dari Taiwan tapi telah di bunuh oleh kekasih sendiri yang dikenalinya melalui laman media sosial facebook.
Katanya pasangan ini telah pun berjanji untuk berkahwin, sebab itu mangsa balik kekampung dengan harapan bahawa kekasih yang tinggal di Dumai akan menunaikan janji-janji manisnya.
Akan tetapi impian itu musnah setelah mengetahui bahawa kekasihnya itu sebenarnya sudah memiliki isteri dan anak.
Dimaklumkan sebelumnya mangsa kerap kali mengirim duit untuk kekasihnya itu sebagai modal perniagaan mereka selepas berkahwin nanti.
Mangsa yang kecewa, ditambah lagi dengan penipuan dengan sejumlah duit mengugut akan mengadukan perkara itu kepada pihak polis jika kekasihnya itu tidak mahu mengembalikan duitnya semula.
Tertuduh yang takut akan ugutan mangsa memujuk mangsa untuk bertemu dengan alasan untuk membincangkan semula masalah mereka, oleh kerana telah terlanjur bercinta mangsa pun menurut sahaja sehingga akhirnya mangsa telah ditemui dibunuh dengan menggunakan penyapu sampah bermata besi.
Siasatan awal mendapati terdapat luka di bahagian belakang kepala mangsa (tengkuk) dengan kulit kepala terkoyak, dan luka di bahagian leher serta pipi dipercayai akibat di pukulan menggunakan benda tajam.
Mangsa di temui dengan keadaan separuh bogel dan kemaluannya terdapat cecair yang menyerupai air mani lelaki.
Nota: Kes Masih dalam siasatan pihak polis dan dimaklumkan bahawa Suspek utama seorang lelaki telah di tahan. - Eberita
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qtTymt
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2pN9K61
via MerahHatiCintaku.blogspot.com