Sunday, 30 April 2017

Bila Anak Kali Pertama Datang Haid, 7 Perkara Ini Ibu Kena Beritahu Mereka


Bagi ibu yang memiliki anak perempuan, ada baiknya kita dekati puteri kesayangan dan berbicara tentang haid dengan mereka.

Perlu kita faham anak-anak sekarang cukup berbeza pemikiran mereka berbanding zaman kita waktu remaja. Banyak perkara sudah mereka ketahui oleh itu anda boleh berbicara secara terbuka dengan mereka.

1. Beritahu mereka sudah dewasa
Apabila anak perempuan mengalami haid katakan kepada bahawa mereka sudah pun baligh dan memasuki fasa menjadi seorang wanita. Mereka akan melalui perubahan dari segi tubuh badan yang mana ia adalah sesuatu yang normal. Ingatkan juga anak bahawa apabila sudah baligh bermakna mereka wajib melakukan tuntutan agama dan jika tidak melakukanya maka dosa akan ditanggung sendiri.

2. Apa yang tidak diboleh dilakukan
Terangkan kepada mereka apa yang tidak boleh dilakukan ketika had seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya. Ingatkan juga anak perempuan agar menjaga batas pergaulan dengan lelaki termasuklah dengan saudara mara yang rapat mereka mereka.

3. Ajarkan cara
Kemudian ajarkan cara pemakaian pad yang betul. Sebaiknya terangkan tentang pemilihan pad atau tuala wanita sama ada jenis slim, maxi atau overnight. Begitu juga terangkan jenis mana yang sesuai untuk digunakan pada waktu malam, semasa melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.

4.Tekankan aspek kebersihan
Bab ini sangat penting. Beritahu berapa kali dia harus menukar pad dan seluar dalam dalam sehari. Kemudian jelaskan apa harus dibuat dengan pad yang telah dipakai dan cara untuk membersih dan membuangnya. Terangkan dengan mudah agar anak-anak faham bagaimana menguruskannya.

5. Bawa pad di dalam beg
Pesan pada anak, perlu sentiasa bawa sekurang-kurangnya satu keping tuala wanita ke sekolah dan letakkan di dalam beg. Jelaskan kepadanya, setiap bulan keadaan yang sama akan dilalui dan masanya tidak menentu. Jadi perlu berjaga-jaga selalu.

6. Jelaskan simptom
Ceritakan kepada anak mengikut pengalaman anda sendiri tentang simptom-simptom sebelum haid seperti tumbuh jerawat, sakit perut, sensitif, kerap makan dan sebagainya. 

7. Amali cara mandi wajib
Ramai ibu terlepas pandang dalam bab mengajarkan anak-anak tentang mandi wajib. Sebaiknya lakukan amali agar anak perempuan remaja anda faham dan jelas apa yang harus dilakukan selepas berhentinya darah tersebut.

Sumber: Malajah Pa&Ma


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2plzANf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2qu038O
via MerahHatiCintaku.blogspot.com