Monday 23 October 2017

Cadang Kerajaan Naikkan Harga Rokok RM50 Sekotak Dalam Bajet 2018


Menjelang pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan dicadangkan agar menaikkan harga rokok sehingga RM 50 sekotak bagi membantu usaha membendung gejala dadah melibatkan remaja dan belia.


Cadangan itu dikemukakan oleh Ahmad Saparudin Yusuf yang juga Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). Cadangan tersebut diutarakan olehnya bagi menjadikan rokok sebagai barang jualan yang mahal dan tidak mampu dibeli seihingga menyukarkan remaja dan belia untuk mendapatkannya.

Ujarnya lagi, melalui pengalaman dan perbincagan dengan pelbagai pihak antaranya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan anak luar nikah, penagihan dadah dan virus HIV, kebanyakkan masalah tersebut berlaku berpunca daripada rokok, selain turut menjadi penyebab kepada beberapa masalah kesihatan dalm kalangan masyarakat.

“Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal,” katanya lagi. - UTUSAN ONLINE


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2y077Cu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xYTByN
via MerahHatiCintaku.blogspot.com