Menyental kuali bukanlah sesuatu perkara yang digemari oleh rata-rata orang terutamanya jika kuali tersebut mempunyai kesan hitam yang terlalu sukar untuk di tanggalkan.
Seringkali kita dengar pelbagai petua dan cara untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang melekat pada kuali terutamanya dibahagian belakang. Antaranya ialah menggunakan cuka, baking soda, garam dan sebagainya tetapi belum pernah kita dengar bahawa sos tomato juga mampu hilangkan kesan kotoran tersebut.
Petua ini dibuktikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Tiara Clp apabila 'experiment' pertamanya menggunakan sos tomato untuk membersihkan kuali berjaya sehingga membuatkan kuali tersebut tampak baru dan berkilat.
Mari kita ikuti perkongsian petua dan cara berguna ini.
Selamat pagi admin dan member semua..hari ni saya nak kongsikan first experiment saya bersihkan bagian bawah kuali yang sangat sangat super degil tu use tomato sauce.
First apply tomato sauce kat bagian bawah kuali..(kuali must be kering condition).
Kemudian, biarkan kuali ini semalaman sebelum digosok dengan sponge pada keesokan harinya.
Saya gunakan bahagian yang hijau pada sponge tu..jangan terkena air dulu masa kita gosok.
Gosok sampai semua bersih barulah lap dengan tisu or kain kemudian cuci macam biasa.
Menurut Dailymail yang juga pernah melakukan ujikaji sos tomato ini menerangkan bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka pada sos tomato akan menyerang bahagian copper oxide, iaitu bahagian kehitaman periuk dan kuali.
Tindakbalas inilah yang akan memberi hasil mengagumkan dalam membantu mengilatkan periuk dan kuali.
Sumber - Tiara Clp via Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zD7YGh
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2l5Xtbt
via MerahHatiCintaku.blogspot.com