Sunday 22 October 2017

Hampir Menangis Setelah Melihat Anjingnya Terbaring Sambil Mulut Dipenuhi Buih. Kemudian, Dia Hanya Mampu Ketawa Setelah Mendekatinya


Apa yang akan anda lakukan sekiranya melihat haiwan peliharaan anda secara tiba-tiba mengeluarkan buih yang banyak di mulutnya?

Anda pasti akan berasa cemas dan takut sekiranya berlaku perkara buruk pada haiwan kesayangan keluarga. Hal yang sama terjadi kepada anjing peliharaan seorang netizen bernama Meeks.

Menurut netizen berkenaan, anjingnya secara tiba-tiba terbaring di atas lantai dan dari jarak yang agak jauh, Meeks kelihatan seperti mengeluarkan buih berwarna putih dari mulutnya.


Ekoran itu, netizen ini menjadi semakin risau dan hampir menangis. Dia segera berlari ke arah Meeks untuk memeriksa keadaannya dan berharap tiada kejadian buruk akan berlaku.


Setelah bergegas kepada Meeks, dia mendapati anjing kesayangannya itu sedang menggigit sehelai tisu sambil melelapkan mata.

Oh Tuhan! Siapa sahaja yang tidak terkejut melihat insiden seperti ini. Selepas kejadian melucukan ini, dia memutuskan untuk memuatnaik gambar Meeks di laman sosial.


Rata-rata netizen ternyata amat terhibur dengan gelagat Meeks yang berjaya membuatkan tuannya hampir mengalirkan air mata. Ada di antara netizen yang memberikan komen berbunyi, “Anjing ini mungkin akan menjadi pelakon terbaik!”

Tidak lupa juga ada yang turut mempunyai reaksi sama seperti tuan empunya Meeks setelah melihat gambar tersebut.

“Gambar ini agak mengejutkan saya tetapi kemudian saya sedar ianya sangat melucukan”.


Jangan risau kawan-kawan. Meeks masih hidup dan bahagia setelah memperdayakan tuannya.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xXAa4R
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xeaK34
via MerahHatiCintaku.blogspot.com