Sunday 1 October 2017

Heboh! Foto Lelaki Kacak Ini Ada Dalam Dompet Emma Maembong


Baru-baru ini sebuah rancangan hiburan swasta telah menemu bual Fatimah Rohani Ismailatau lebih dikenali sebagai Emma Maembong diatas kejayaannya melancarkan jenama tudungnya sendiri.


Selain itu, Emma turut ditanya mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Kamal Adli yang kini sudah diketahui umum. Menurut Emma, beliau tidak terfikir lagi mengenai jodoh dan perkahwinan kerana sedang sibuk memfokuskan perniagaan yang baru diceburinya.


Namun beliau tidak menolak, mereka kini berkawan rapat dam lebih selesa begitu. Semalam, tinjauan Hangat mendapati, terdapat dua keping gambar passport Kamal Adli di dalam beg duit yang dipercayai kepunyaan Emma.

Ini dibuktikan melalui gambar yang dimuat naik oleh seorang ejen insurans yang memberitahu Emma telah memiliki kad perubatan syarikat mereka yang tertera nama penuh beliau pada kad tersebut.


So sweet! Tambah Emma juga beliau berkemungkinan tidak akan bertunang malah mengambil jalan terbaik dengan terus melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan.

Semoga hubungan Emma dan Kamal akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya!

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yhDMmB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2x8OrA8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com