Sunday 22 October 2017

Ini Komen Izzah Bila Viral Foto Tun Hasmah & DS Wan Azizah ‘Stuck’ Dalam Lift, Memang Comel!!


Walaupun sudah tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Mahathir tidak pernah dilupakan. Sebagai salah seorang pentadbir yang paling berjasa kepada pembangunan negara, Tun M diakui sangat disegani dan disayangi ramai.

Malah, isterinya Tun Hasmah, yang menjadi tulang belakang Tun M suatu ketika dahulu turut menjadi kegemaran ramai. Semalam, gambar yang dimuatnaik Nurul Izzah ini menarik perhatian netizen, kenapa agaknya?Admin tengok pun tersenyum sorang-sorang, comel sangat Tun Hasmah ni!


When doctors get stuck in a lift, they …


Di instagram, gambar yang dimuatnaik Nurul Izzah ini mendapat lebih 16k likes dalam masa 20jam. Gambar yang menunjukkan Tun Hasmah memeluk erat Datuk Seri Wan Azizah ini mendapat respon positif daripada netizen. Ramai yang memuji kemesraan mereka berdua. Dan yang paling penting, Tun Hasmah nampak comel sangat dalam gambar ni!




Kami tengok Tun Hasmah pun comel je, walaupun sebelum ini mereka berdua pernah bersengketa kerana perbezaan pendapat dan misi. Kini mereka mampu melupakan dan berdamai. Ramai yang mendoakan semoga hubungan ini berkekalan sampai bila-bila.

Korang pun kalau ada dendam lama dengan kawan-kawan, bolehlah move on dan belajar memaafkan hihi




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gwY0xL
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2h1DLcy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com