Monday 2 October 2017

"Kami Belum Terima Satu Sen Pun" - Ibu Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz


Beberapa ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mempersoalkan ke mana perginya wang derma orang ramai.

Memetik FMT, mereka mengadu masih belum menerima sumbangan yang dikumpul dan menuntut pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood dapat memberi penjelasan.

Menurut seorang ibu mangsa yang tidak mahu dikenali, Zahid pernah berkata sekolah akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada keluarga 21 mangsa yang terkorban, cedera, mahupun trauma.

“Kami belum menerima satu sen pun,” katanya.

Seorang lagi ibu mangsa tampil mendakwa sekolah itu sering menganjurkan lawatan bertemu perdana menteri dan tokoh lain ketika Hari Raya dan majlis lain.


“Orang-orang ini akan memberi wang kepada anak kami, tetapi sekolah hanya membenarkan anak kami menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut dan pihak sekolah memegang sejumlah besar untuk keselamatan, atau kami diberitahu,” katanya.

Terdahulu, Zahid memaklumkan kepada media, sekolah itu mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan merancang untuk memberi apa yang termampu kepada ibu bapa mangsa. 

Zahid bagaimanapun, tidak hadir pada pertemuan bersama ibu bapa malam Sabtu lalu, sebaliknya menghantar wakil.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wtwPu4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xOdCoL
via MerahHatiCintaku.blogspot.com