SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan dengan pegawai-pegawai tinggi kementerian yang didedahkan semalam, membawa kepada pembekuan sejumlah RM150 juta yang dicuri dari peruntukan kerajaan untuk golongan miskin.
NST melaporkan, para penyiasat daripada SPRM, yang telah menyiasat secara mendalam berkenaan kes tersebut semalam telah melakukan satu siri serbuan ke atas syarikat-syarikat yang terlibat untuk mengumpulkan lebih banyak bukti-bukti forensik.
Pergerakan penyangak-penyangak yang juga merupakan pegawai-pegawai di kementerian kerajaan, dilaporkan turut dipantau secara dekat.
Memetik sumber yang rapat dengan siasatan tersebut, NST melaporkan segelintir suspek-suspek yang terlibat ada yang telah berpindah ke dalam agensi kerajaan yang lain.
"Segelintir masih berkhidmat dalam jawatan yang sama sejak mereka mula mencuri dari tabung kerajaan."
"Mereka ini akan dikepung tidak lama lagi," kata sumber terbabit.
Timbalan Ketua Pengarah SPRM (bahagian operasi) Datuk Azam Baki, ketika ditanya oleh wartawan, mengesahkan tentang siasatan tersebut namun beliau menolak untuk memberikan butiran lanjut.
Laporan tentang siasatan SPRM terhadap pegawai-pegawai tinggi kementerian yang berpakat dengan syarikat-syarikat tertentu untuk "merembat" dana peruntukan golongan miskin termasuk pelajar ada dilaporkan semalam.
Azam dilaporkan turut memberitahu NST bahawa Suruhanjaya itu bertindak secara agresif selepas mendapati pegawai-pegawai korup itu mencuri dana untuk orang-orang miskin.
Menurut Azam lagi, modus operandi mereka selalunya melibatkan pemalsuan dokumen-kokumen untuk menunjukkan kononnya projek yang dirancang sudah disiapkan, walaupun ia sebenarnya langsung tidak dimulakan.
Satu lagi kaedah "merembat" yang popular dilakukan oleh penyangak-penyangak ini ialah, melakukan pemotongan ataupun pengurangan pada kos sesuatu projek.
"Mereka tulis di atas kertas kos ialah sebanyak RM10 juta contohnya, tapi mereka potong di sana sini, duit itu masuk ke dalam poket mereka,"
"Mereka memanipulasi nombor-nombor, dan hasilnya banyak bahagian terjejas, termasuk pengurangan jumlah, saiz atau kualiti," katanya lagi sambil menambah, diantara fokus Suruhanjaya itu ialah perang terhadap korupsi untuk menutup ketirisan ketirisan dalam tabung kewangan kerajaan.
Sumber: http://ift.tt/2fbS9g4
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2y0EK5p
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fLjRkX
via MerahHatiCintaku.blogspot.com