BERTUAH Amyra Rosli mendapat seorang suami seperti Amar Baharin yang bukan sahaja romantik tetapi penyayang!
Haih! Mana tidaknya, pelakon berusia 32 tahun itu menghadiahkan sebuah kereta kepada isteri kesayangannya itu sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan Amyra melahirkan bayi lelaki mereka.
Amyra menerusi Instagram turut meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas kejutan diberikan Amar kepadanya.
"Kehadapan Daddy... Anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami.
"Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. We love you @amarbaharin," tulis Amyra di Instagram.
Hadiah Amar buat Amyra.
Amyra turut memuat naik gambar bayinya yang sedang memegang kunci kereta yang dihadiahkan kepada aktres itu.
Aktres itu selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, pasangan itu masih belum mengumumkan nama anak mereka kepada peminat.
Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. - Mstar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yxVUZ7
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yGTya5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com