Tuesday, 16 January 2018

“Alang-alang, Pergi Bunuh Diri…” – Komen Fathia Latiff Di Insta Iqram Dinzly Cetus Kontroversi


Sejak dari awal tahun lagi, nama pelakon Iqra Dinzly sering berkongsi kelakuan aneh beliau di laman Instagram miliknya. Baru-baru ini, Iqram muncul lagi dengan aksi terbaru beliau di Insta Live.

Berbeza dengan babak-babak sebelum ini. bukan video Iqram itu yang telah mendapat perhatian netizen, sebaliknya komen yang ditinggalkan oleh rakan artisnya yang menjadi bahan bualan netizen hari ini.


Fathia Latiff, artis yang terkenal kerana pernah mengeluarkan beberapa kenyataan bodoh sebelum ini telah kembali mencetuskan kontroversi setelah Fathia meninggalkan beberapa buah komen yang berbunyi kurang ajar di dalam Insta Live Iqram Dinzly itu.

Netizen dilihat sedikit keliru dengan komen yang diberikan oleh Fathia ini. Jika benar Fathia hanya melawak, tindakan menyuruh Iqram untuk membunuh diri itu bukanlah sesuatu yang kelakar dan boleh dibuat main.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan gurauan tetapi tidak mengenai hal membunuh diri. Jika dia tidak berfikir panjang, mungkin perkara tersebut boleh menjerumus Iqram melakukan hal yang sedemikian. Walaupun sudah banyak kali diingatkan, diharap agar Fathia akan lebih bijak memikirkan setiap kata-kata yang ingin dia keluarkan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Sumber: http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2mLFOEd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DkW5cO
via MerahHatiCintaku.blogspot.com