Tuesday, 30 January 2018

Remaja Tinggalkan Bayi Sehingga Mati Kebuluran Untuk Berparti


Tak berhati perut! Ramaja berusia 17 tahun sanggup membiarkan bayi lelakinya mati perlahan-lahan di rumah sedangkan dia berparti selama seminggu bersama rakan-rakan.

Mirror melaporkan, Viktoria Kuznetsova dari Rostov, Rusia, tidak menunjukkan sebarang perasaan ketika mahkamah menjatuhkan hukuman panjara enam tahun setengah terhadapnya.


Menurut laporan, mayat Egor yang mereput ditemui dalam keadaan matanya terbeliak.

Ketika dibicarakan, Viktoria mengaku ada merancang untuk membunuh bayi berusia sembilan bulan itu sebaik dia mendaftar ke kolej.

Difahamkan, Viktoria menunggu suaminya berangkat untuk menjalani khidmat latihan tentera sebelum meninggalkan Egor keseorangan di rumah dan kebuluran sementara dia berparti.


Dalam seminggu itu, Viktoria menumpang di mana-mana asrama pelajar dan hanya pulang sekali sahaja untuk memberi air kepada anjing peliharaannya tanpa sedikitpun menghiraukan bayi berkenaan.

Hakim memutuskan bayi itu meninggal dunia kerana kehausan dan kelaparan sementara hasil bedah siasat menunjukkan organ dalaman mangsa gagal satu demi satu kerana kekurangan makanan dan air.

Penemuan itu adalah susulan laporan jiran berhampiran yang berasa bimbang kerana sudah lama tidak melihat kelibat Egor dan ibunya, lapor saluran berita NTV.

Berdasarkan laporan, tertuduh memberitahu rakan-rakannya bahawa Egor ditinggalkan bersama ibu saudaranya.

Tanpa rasa bersalah, Viktoria sempat memuat naik gambarnya berparti bersama 'Nastya' sementara bayinya sedang nazak di rumah.

Difahamkan, dia mengaku kepada polis telah menghantar bayi itu ke rumah anak yatim ketika berusia sebulan, namun Egor kemudian dikembalikan kepadanya.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2nrjCPh
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DWEtEu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com