Pada minggu lalu media sosial di gemparkan dengan satu video swafoto atau selfie seorang pelajar yang bernama R. Shiva Kumar 25 tahun di Hyderabad, dikatakan dilanggar kereta api.
Kejadian itu juga mendapat liputan meluas pelbagai media yang melaporkan dia mengalami kecederaan di kepala dan tangan namun selamat.
Berita itu tular dengan begitu cepat dan pada masa yang sama menunjukkan menunjukkan peningkatan kemalangan yang membabitkan kecuaian diri sendiri.
Insiden itu belum pun reda, namun pelajar terbabit sekali lagi berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia dikatakan sebenarnya tidak dilanggar kereta api tersebut.
Berita ABN Telugu melaporkan, rakaman video itu telah dipalsukan Shiva dan rakan-rakannya apabila saluran berita itu menyiarkan rakaman video terbaharu Shiva bersama rakan-rakannya sedang tertawa dan bergurau.
Nellutla Kavitha, Wartawan yang bertugas di saluran berita berkenaan memuat naik rakaman video berkenaan menerusi twitter dengan kapsyen pelajar itu didakwa telah melarikan diri sejak videonya ‘berselfie’ dilanggar kereta api menjadi tular.
Saluran berita itu turut mendakwa Shiva telah ditahan atas perbuatannya.
This guy Shiva n his friends created MMTS train accident fake video, fooled ppl as accident took place, this guy works in a gym at Madapur as general instructor, got this info from my teammate who goes to this gym, now this guy is absconding pic.twitter.com/QebASR3FcS— Nellutla Kavitha (@iamKavithaRao) January 25, 2018
from Sehinggit Media http://ift.tt/2FwpMoQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ErTuMj
via MerahHatiCintaku.blogspot.com