MANCHESTER: Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Charlotte Guy, 17 secara tidak sengaja menghantar mesej bergambar melalui applikasi 'Snapchat' yang menampakkan dirinya sedang tidur bersama lelaki lain kepada teman lelakinya Jack Hurst, 20 pada semptember lalu.
Charlotte berhasrat mahu menghantar gambar tersebut kepada rakannya, namun dia telah tersilap dan telah terhantar kepada teman lelakinya itu yang berada di universiti.
Selepas menyedari apa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan, dia meminta maaf dan seterusnya menghantar mesej "Selamat tinggal, maafkan saya".
Kemudian Charlotte menghantar mesej mengatakan bahawa dia sayangkan teman lelakinya itu dan sudah cukup untuk mengetahui Jack telah membencinya.
Jack yang bimbang dengan keadaan Charlotte telah menghubungi pihak polis dengan segera dan menggunakan akaun 'Snapchat' untuk mengesan lokasi mangsa.
Charlotte telah ditemui dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran dengan kolej St John Rigby di Wigan , di mana kawasan tersebut merupakan tempat dia belajar.
Pakar Tsikologi melaporkan, Charlotte telah mengambil dadah jenis kokain dan juga turut berada di bawah pengaruh alkohol.
Charlotte berasal dari Orrell itu adalah seorang pelajar dan juga pekerja di pusat kecergasan itu dan dipercayai telah mengenali Jack selama dua tahun.
Jack memberitahu bahawa sebelum kejadian mereka ada berbalas mesej dan membuat panggilan dan mangsa sedang berada dalam keadaan marah kerana menurutnya ada seorang gadis telah bercakap sesuatu yang tidak elok mengenai dirinya.
Charlotte cuba memberitahu bahawa dia merasakan Jack tidak jujur dan berbohong kepadanya kemudian Jack cuba meyakinkan sebaliknya dan Charlotte berkata bahawa dia tidak mahu berada di situ lagi.
Jack berkata dia kasihan melihat teman wanitanya kerana menurut Charlotte dunia tidak sesuai untuknya dan teman wanitanya itu sering bimbang sekiranya tidak mempunyai kawan.
Namun setelah memulakan kursus barunya di kolej dia mula mendapat kawan yang ramai dan kelihatan sangat gembira.
Jack yang sedang mengambil peperiksaan di Universiti Newcastle mengatakan bahawa dia pergi berjumpa dengan mangsa pada 21 September lalu dan Charlotte berkata mahu mengakhiri hubungan itu dan sudah tidak mempercayai Jack lagi dan hanya mahu berkawan.
"Saya berkata bahawa ia bukanlah apa yang saya mahu dan selepas berjumpanya saya pulang kepada ibu bapa saya di Blackpool."
"Dia bertanya sama ada saya baik-baik sahaja atau tidak dan saya berkata kami perlu meneruskan hubungan ini". kata Jack
Pada malam selepas mereka berjumpa, Charlotte telah keluar bersama-sama rakannya dan selepas itu Jack tidak mendapat berita darinya sehingga mereka berbalas mesej pada hari berikutnya dan Charlotte berkata dia telah mencium orang lain pada malam itu dan pada malam itu.
Pada 24 September, Charlotte mahu bercakap dengan Jack namun Jack berkata dia sedang sibuk dan akan bercakap dengan teman wanitanya itu kemudian setelah selesai urusan.
"Selepas itu dia menghantar saya mesej Snapchat yang dimaksudkan untuk kawannya itu tetapi dia tersalah menghantarnya kepada saya."
Snapchat itu menunjukkan dia sedang tidur dengan seseorang pada malam sabtu dan memberitahu Jack bahawa dia tersalah hantar mesej tersebut dan meminta maaf serta mengatakan dia seorang yang teruk.
Charlotte mengatakan dia mahu menjelaskan namun Jack berkata bahawa dia tidak suka bercakap.
Jack berkata dia menerima mesej dari Charlotte yang mengatakan "Ok, saya fikir saya sudah mendapat jawapan."
Jack yang berasa bimbang cuba membuat panggilan telefon namun tidak di jawab.
Laporan toksikologi menunjukkan Charlotte, Orrell, Wigan, telah mengambil kokain semasa di bawah pengaruh alkohol (Image: Cavendish Press).
Jack berkata selepas itu dia menerima satu lagi mesej yang mengatakan “Tidak mengapa, Selamat tinggal, maafkan saya”.
"Mesej terakhir yang saya dapat dari dia pada 17:14 berkata 'Saya sayang kamu, mengetahui bahawa kamu membenci saya sudah cukup'." Kata Jack
Charlotte telah keluar bersama kawan-kawan Stephanie Bradshaw dan Kieran Ashcroft pada malam tadi
Kawan mangsa Ashcroft berkata, Charlotte kelihatan tidak sedih dan gembira sepanjang malam dan keesokan harinya pada jam 6 pagi mendapat mesej dari Charlotte memberitahu dia mempunyai malam yang baik dan turut berkata mangsa kelihatan gembira apabila Ashcroft turunkan dia keesokan harinya.
Terdahulu, ibu bapa Charlotte iaitu Martin dan Deborah Guy memberitahu anak perempuan mereka menunjukkan dirinya seperti mempunyai masalah dan telah dirujuk kepada seorang pakar kesihatan..
Encik Martin dan Puan Guy berkata kali terakhir mereka melihat Charlotte pada hari Ahad 24 September, ketika dia sedang meminum secawan teh dan berkata mahu mengambil barang-barangnya daripada seorang kawan.
Encik Martin berkata mesej yang disampaikan kepada Jack adalah untuk menarik perhatiannya dan tidak menyangka perbuatan anaknya itu yang mahu membunuh diri.
Saudara perempuan Charlotte, Dean, berkata selepas memutuskan hubungan dengan Jack dia kelihatan kecewa dan kemudian keluar menonton filem namun setelah pulang ke rumah Charlotte kelihatan lebih bahagia.
Koroner Alan Walsh mencatatkan kesimpulan yang dapat di ambil dari kisah ini.
Koroner Alan Walsh mencatat kesimpulan naratif di inquest ke atas kematian Charlotte (Gambar: Cavendish Press)
"Penting untuk diambil perhatian bahawa tidak ada bukti bahawa Charlotte menggunakan kokain pada masa lalu dan tidak ada bukti bahawa dia adalah pengguna yang tegar.
"Dengan bukti yang kukuh, ia mungkin menggunakan kokain dalam apa yang saya nyatakan untuk membuat sisa hidup 48 jam terakhirnya kacau-bilau.
"Tetapi mungkin dalam keadaan fikirannya yang kacau bilau pada masa itu memberi impak yang lebih besar daripada pengguna yang kerap mengambil kokain.” Kata koroner
Selain itu, koroner berkata, Charlotte mempunyai tekanan yang berkaitan dengan pelajarannya, kerja serta hubungan bersama teman lelakinya.
"Saya percaya golongan muda antara 17 hingga 20 yang mengalami tekanan seperti ini”. katanya
"Saya tahu bahawa ia adalah kebiasaan orang muda dalam menjalinkan hubungan. Walaupun dia adalah orang yang meminta untuk memutuskan hubungan itu, namun akan memberi kesan yang besar kepadanya.
"Saya percaya bahawa saya akan mempunyai kesan yang sama seperti Jack selepas mendapati teman wanitanya meninggal dunia.
“Saya percaya dan menerima kenyataan bahawa pada masa itu dia mungkin berada di bawah pengaruh kokain dan memberi kesan di luar pemikirannya.” Kata koroner
Charlotte adalah wanita muda yang mempunyai masalah dan keputusannya untuk membunuh diri adalah di luar jangkaan ibu bapa dan kawan-kawannya.
from Sehinggit Media http://ift.tt/2GkAzU6
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DGzcBA
via MerahHatiCintaku.blogspot.com