Saturday, 27 January 2018

Zed Zaidi Dakwa Ada Senarai 300 Kes Artis Berhutang Along. Kita Lihat Siapa Yang Kena!


Jika sebelum ini Farid Kamil pernah dikatakan mempunyai senarai ratusan artis yang berhutang dengan along, kali ini Zed Zaidi pula mendakwa perkara sama. Namun sehingga hari ini tiada butiran lanjut daripada Farid.

Zed dalam satu temubual berkata pendedahan yang dibuatnya itu mengejutkan ramai pihak dan peningkatan kes itu sangat membimbangkan pihaknya.

300 kes artis hutang along sejak 2015


Zed, menurut laporan Sinar Harian mengatakan pihaknya menerima mencecah 300 aduan mengenai khidmat pinjaman wang membabitkan artis. Jumlah berkenaan tambahnya lagi merupakan kes terkumpul dari 2015 hingga 2017.

Setakat ini kita sudah menerima lebih kurang 200-300 aduan berkaitan along dan ia merupakan jumlah terkumpul semenjak 2015 hingga 2017.

Jumlah itu agak menakutkan dan jelas menunjukkan masalah ini semakin serius membelenggu artis-artis kita sehingga mereka terpaksa meminta bantuan persatuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Memang kita menerima semua jenis aduan, namun bukan semua yang dapat kita selesaikan terutamanya yang melibatkan pihak lain seperti masalah pinjaman along ini.
Seniman boleh jadi orang tengah


Hero Sembilu Kasih itu juga berkata, pihaknya di Seniman berlapang dada menerima aduan masalah dihadapi ahli-ahli pertubuhan itu. Namun, laporan secara formal dan bertulis perlu dibuat untuk tindakan lanjut.

Peranan kita adalah untuk menjadi orang tengah dan terbuka menerima apa sahaja aduan berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh artis-artis tanah air.

Bagaimanapun segala aduan yang dibuat itu tidak boleh secara lisan, sebaliknya dilakukan secara bertulis di mana pihak persatuan ada menyediakan borang aduan sama ada di laman web rasmi kita atau pun dengan hadir ke pejabat Seniman sendiri.

Persatuan menerusi biro aduan dan perundangan akan cuba mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan menentukan jenis tindakan yang sesuai diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Ohbulan.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2ngPk1O
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nfYFGY
via MerahHatiCintaku.blogspot.com