SEBUAH video menunjukkan dua individu sedang memarahi seorang jururawat di hospital swasta Siti Khodijah di Sidoarjo, tular.
Insiden itu berlaku selepas jururawat tersebut didakwa menyuntik ibu mereka yang sudah meninggal dunia.
Ahli keluarga juga menuntut seorang doktor, yang mereka percaya mengarahkan jururawat itu memberi suntikan kerana tidak menyedari bahawa pesakit telah meninggal dunia, bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Dengan keluarga pesakit mengancam untuk menyaman hospital dan video tersebut tular, Polis Daerah Jawa Timur berkata mereka telah memulakan siasatan berhubung perkara itu.
"Lokasinya adalah di sebuah hospital swasta di Kecamatan Sepanjang, Sidoarjo. Kami telah memulakan penyiasatan," kata Jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, memetik Kompas.
Hospital Siti Khodijah, melalui wakil undang-undangnya, menafikan tuduhan oleh keluarga dalam video itu dan menyatakan bahawa ini adalah cubaan merosakkan reputasi mereka.
"Terdapat percubaan yang sistematik dan teratur oleh seseorang untuk mencemarkan nama baik hospital," kata Masbuhin, seorang peguam yang mewakili hospital
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media http://ift.tt/2GvXyMm
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2GuzPvW
via MerahHatiCintaku.blogspot.com