Wednesday, 17 January 2018

Panas! Safiey Ilias Dikatakan Contoh Munafik Tulen…Gimik Lariskan Produk?


Sejak semalam, sebuah video yang memaparkan aksi pergaduhan di antara Safiey Illyas dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Baby Ara telah jadi tular di Facebook.

Video berdurasi 35 saat ini menunjukkan Safiey dan rakan-rakannya berdepan dengan seorang wanita dipercayai Baby Ara yang membelakangi kamera. Di saat-saat awal Safiey dilihat merakam permohonan maaf daripada Baby Ara yang kemudiannya ditepis wanita berbaju hijau.



Wanita berkenaan selepas itu tampil dan memarahi dan menampar Baby Ara. Keadaan agak kecoh kerana ada pihak lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan dan mengelakkan perbalahan lebih teruk.

Video yang telah dimuatnaik oleh sebuah laman page di Facebook itu kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen, khususnya di kalangan haters Safiey.

Munafiq tulen

Kecewa dengan sikap Safiey, seorang pengguna Facebook telah menggelarkan beliau sebagai ‘contoh munafik tulen’. Menurut Ibrahim Ghazali, perbuataan Safiey yang pernah insaf suatu ketika dulu merupakan suatu marketing gimmick bagi melariskan produknya semata-mata.



Memang langsung tak pernah percaya kat dia ni

Menurut Ramiza Barramiza pula, beliau memang langsung tidak pernah meletakkan kepercayaan beliau pada Safiey Illyas ini. Tambah Ramiza lagiu, puak munafik dan fasik di Malaysia ini sudah semakin melampau dan tidak langsung berasa malu untuk melakukan dosa di depan khalayak ramai.



Bacul namanya…

Salah seorang pengguna Facebook, Hidayah Mohamed turut meminat pihak polis supaya menangkap ‘wanita’ yang memakai baju video di dalam video tersebut. Menurut beliau, hanya jantan yang bacul sahaja yang sanggup memukul seorang wanita.

Sumber : http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EQNT0X
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2DI5RDu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com