Friday, 13 April 2018

Ambil Duit Suami RM2K Untuk Belanja Raya, Isteri Dimaki Bodoh Dan Diherdik Suami..


Isteri, cari lah pendapatan sendiri. Sedih baca kisah ni, mulut suami memang melampau lah tapi nampak dalam kes ni mcm isteri terlebih belanja.


Harga baju rm2k macam baju persiapan kahwin dah.

Tak salah pun nak beli baju 2k, guna lah duit sendiri. Nak beli baju 10k pun tiada sapa nak bising. Nak bersedap-sedap, bersenang lenang, buatlah atas usaha sendiri.

Nak alat solek, nak makan mahal, baju dan tudung berjenama. Semua tu duit sendiri. Dia suami kita , bukan balaci yang kena sediakan semua mahal-mahal sbb nafsu dan kehendak kita.

Macam aku, dah berpuluh ribu habis untuk minat aku kat hello kitty, dengan buat bilik, almari beli barang-barang kitty beribu-ribu. Semua duit sendiri .

Kita yang minat dan kita punya kehendak, kenapa nak harap orang lain walaupun suami sendiri? Suami tunaikan nafkah, bukan tunaikan kehendak (kalau suami mampu takpe)

Ini sedih, nak bergaya tapi papa. Bukan setakat gaya je, nak bagi duit mak kat kampung pun nak harap duit suami. Bila suami tak bagi mula lah sedih.

WAKEUP ! ni tahun 2018

Perempuan di dapur pun boleh jadi jutawan, suri rumah jaga anak pun boleh menyimpan duit yang banyak. Kenapa perlu kawin atau cari laki kaya ?

Kenapa tak diri sendiri yang berusaha untuk kaya?

Sumber: https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ISRAp3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qua6wi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com