Thursday, 12 April 2018

Dihina Badan Kurus Macam Papan, Siti Elizad Naik Berang..


PETALING JAYA: Pelakon Elizad Sharifuddin menegur tindakan biadap individu yang menghina bentuk tubuh badannya yang disamakan seperti papan.

Pemilik nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, berkata, penghinaan tersebut dianggap keterlaluan dan tidak boleh diterima.

"Nak hina benda lain saya OK lagi, cuma jangan sentuh bab family dan fizikal saya. Kurus macam papan pun kejadian, Allah yang bagi.

"Mulut makcik cantik sangat ke? OK bagi can nak famous kerana mulut awak yang menghina saya tu," tulisnya di Twitter.


Elizad turut memuat naik profil Instagram milik individu tersebut yang menggunakan nama Melly Mel.

Menerusi sebuah komen, individu itu menulis perkataan berbaur hinaan terhadap bentuk badan di Instagram pelakon Papa Ricky itu.

"Body @elizadsharufuddin macam papan lurus kurus sangat langsung tiada bentuk huhu," tulisnya.

Dalam pada itu, Elizad berkata, individu berkenaan melakukan penghinaan tersebut disebabakan kurang didikan yang sempurna.

"Terima kasih atas kejian, takut esok Allah tarik kelebihan yang ada pada awak, sekurang-kurangnya saya tidak hina orang. Semoga tuhan berkati hidup awak," tulisnya.

Sumber: mStar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GSPkSb
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JGEwnN
via MerahHatiCintaku.blogspot.com