Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sekarang ni, boleh dikatakan dimana sahaja orang bercerita mengenai pilihanraya. Begitulah adatnya apabila musimnya telah tiba, bukanlah selalu boleh melihat suasana begini. Namun dalam masa yang sama, ingin ajak rakan-rakan pembaca untuk melihat bagaimana proses pilihanraya ini boleh dijalankan dengan telus.
Telus di sini, ianya melibatkan pengurusan undi yang tidak boleh kita ubahsuai atau manipulasi. Jika ada yang masih belum jelas apa itu block chain, boleh baca artikel Pengurusan Data Lebih Sistematik Dengan BlockChain dan Smart Contracts.
Bagaimana blockchain boleh digunakan dalam proses pilihanraya
Asas BlockChain atau Rantaian Blok ini adalah kumpulan lejer yang mempunyai data untuk dikumpulkan menjadi satu rekod yang salit berkaitan antara satu sama lain. Rekod ini tidak mudah untuk diubahsuai kerana ianya melibatkan data yang berkait dengan nombor hash yang unik dan tidak boleh diubah sesuka hati.
Hash yang digunakan ini menyebabkan sebarang perubahan dalam sesuatu blok itu akan menyebabkan hashnya turut berubah.
Anda bayangkan, dalam pilihanraya, undian telah dibuat, kemudian ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengubah undi tersebut, ianya tidak boleh dilakukan apabila rantaian blok ini telah terbina dan digunakan dengan jayanya.
Ketelusan dan kemudahan untuk mengundi di mana sahaja
Apabila menggunakan konsep BlockChain ini, pengundi pada dasarnya boleh mengundi di mana sahaja lokasi mereka, selagi mana, rujukan mengundi atau ID unique digunakan. Konsep ID ini kita boleh gunakan nombor kad pengenalan sebagai rujukan kerana setiap rakyat Malaysia mempunyai nombor kad pengenalan yang unik hanya untuk satu individu.
Pengulangan nombor kad pengenalan dalam rantaian blok boleh dikesan dan ini menjadi mekanisme untuk memastikan tiada pengulangan undian atau undian berganda yang akan berlaku.
Ditambah dengan konsep smart contract, pengurusan pemilihan pilihanraya akan boleh berlaku dengan pantas dan proses untuk mendapatkan keputusan akhir, sudah tidak memerlukan pengiraan manual yang mungkin akan berlaku kesilapan. Tiada lagi tuduhan SPR memanipulasi peti undi dan seumpamanya.
Teknologi yang membantu proses dipercepatkan dan keputusan jitu
Konsep pengurusan rantaian blok ini akan mempercepatkan proses pilihanraya dan pengundian akan berlaku dengan baik. Mungkin akan ada kekangan dari sudut ingin mendidik para pengundi menggunakan sistem pengundian yang akan diperkenalkan. Namun simulasi pengundian boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pemilihan dilakukan.
Beruntunglah semua yang terlibat dalam proses pemilihan andai teknologi rantaian blok ini diperkenalkan dalam proses pengundian musim-musim pilihanraya akan datang. Rakyat akan lebih tenang, calon juga sudah tidak perlu memohon untuk kiraan semula dan perkara berkaitan.
Pilihanraya adalah untuk masa depan negara
Proses pilihanraya ini adalah perkara yang penting untuk masa depan negara. Ianya perlu diuruskan dengan baik, agar tiada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem sedia ada untuk kepentingan pihak mereka. Tambahan apabila seseorang calon itu tidak digemari secara umum, tetapi menang di tempat beliau bertanding.
Akan ada suara sumbang yang menyatakan terdapat penipuan dan manipulasi. Teknologi BlockChain ini akan mengatasi masalah-masalah ini andai disusun dengan baik. Tambahan dengan perkembangan teknologi BlockChain yang telah mencapai beberapa generasi baru, banyak perkara yang boleh kita masukkan dalam sistem pengundian berasaskan blockchain agar ianya memenuhi sebarang keperluan pilihanraya sedia ada.
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika belum, buatlah sekarang, walaupun anda hanya akan boleh mengundi pada musim pilihanraya akan datang.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2vg8wE4
via Denaihati.com