Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak dua menjak ni, kelihatan ramai yang mula mengambil perhatian mengenai apakah itu cryptocurrency, blockchain dan pengurusan data yang berkait rapat dalam situasi ini. Ada yang merasakan cryptocurrency itulah blockchain, dan ada juga yang merasakan blockchain itu adalah cryptocurrency.
Mari sama-sama kita semak semula apa sebenarnya setiap terma-terma yang dinyatakan di atas dan apakah sebenarnya perkara tersebut untuk kita fahami satu demi satu.
Blockchain adalah teknologi pengurusan data menggunakan timestamp
Blockchain adalah teknologi pengurusan data yang telah diperkenalkan pada tahun 1991 untuk menguruskan sekelompok data dalam satu rantian yang mempunyai tetapan masa atau timestamp agar ianya tidak boleh diubah dari sudut masa dan data dalam blok tersebut.
Teknologi ini diperkenalkan untuk menguruskan data dengan telus tanpa sebarang salah gunaan kuasa dan seumpamanya.
Namun berdiri sendiri, teknologi blockchain tidak akan menjadi sebarang matawang digital.
Cryptocurrency mengadaptasi teknologi blockchain untuk kegunaan mereka
Apa yang berlaku adalah, cryptocurrency seperti BitCoin telah menggunakan teknologi blockchain ini untuk menguruskan data transaksi dalam rantaian mereka agar ianya telus, boleh disemak dan tidak boleh diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kenapa dipanggil crypto? Disebabkan oleh penggunaan hash untuk menjadikan id pengenalan blok itu terbentuk dan tidak boleh diubah. Sebarang perubahan dalam pengurusan id itu akan menyebabkan hash akan berubah. Di sini, cryptographic berfungsi sebagai alat keselamatan dalam rantaian blok yang dicipta.
Penggunaan dalam kehidupan seharian
Sebelum ini, kita ada berbincang mengenai bagaimana Pilihanraya menggunakan teknologi blockchain akan memberikan impak yang positif. Ini kerana tiada manipulasi atau penipuan yang boleh berlaku selagi mana peraturan rantaian blok itu ditetapkan mengikut spesifikasi pilihanraya.
Selain itu, ada banyak lagi aplikasi blockchain yang boleh kita gunakan. Antaranya pengurusan kontrak jual beli rumah, atau pengurusan kontrak sewa beli kenderaan, insurans, takaful, percukaian dan banyak lagi.
Penggunaan teknologi blockchain tidak semestinya akan mewujudkan cryptocurrency yang baru jika ianya bukan diuruskan untuk tujuan jual beli. Namun disebabkan data yang banyak dalam rantaian blok, ianya boleh dijadikan sebagai sandaran untuk matawang digital diwujudkan.
Apa yang perlu kita tahu apabila ingin melibatkan diri dalam pelaburan crypto?
Pertama, elakkan daripada menyertai skim atau program yang sudah untuk dihadam oleh akal fikiran. Contohnya memberikan pulangan dalam bentuk bitcoin sehingga 50% sebulan sedangkan sekiranya kita mempelajari proses untuk mendapatkan bitcoin ini, agak sukar untuk memberikan pulangan bulanan sedemikian.
Semakin banyak skim-skim pelaburan yang diwujudkan hanya kerana mereka ingin mengumpul lebih banyak BitCoin dalam kantung digital mereka. Agar mereka boleh menambah kekayaan tatkala harganya meningkat naik pada masa akan datang.
Kedua, elakkan daripada membeli ICO atau Initial Coin Offering yang tidak meyakinkan. Ini kaedah kedua mereka gunakan untuk mengumpul seberapa banyak coins seperti BitCoin dan Ethereum agar mereka boleh gunakan di kemudian hari.
ketiga, dapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang telah mengusahakan perkara ini, antara perkara mudah yang boleh dibuat adalah dengan menghubungi Denaihati Network andai anda ingin mempelajari apa itu blockchain dan pelaburan cryptocurrency dengan lebih mendalam.
Boleh gunakan halaman hubungi kami untuk menghubungi pihak Denaihati Network agar kita boleh buat temujanji di pejabat kami atau di lokasi bersesuaian. Lebih baik kita belajar terlebih dahulu sebelum duit kita melebur dan menjadi hangus. Ketika itu sudah tidak bermakna untuk menangis air mata darah sekalipun.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2EXhKEA
via Denaihati.com