Thursday, 12 April 2018

''Anak Terjaga Tengah Malam Sambil Tangannya Tunjuk Ke Syiling'', Elak Pamer 'Teddy Bear' Di Rumah, Bapa Ini Kongsi Pengalaman




Ibu bapa yang ada anak kecil mesti pernah mengalami situasi anak tiba-tiba berjaga dan menangis pada waktu malam. Tangisan tu pula bukan sikit-sikit, tapi menangis sampai merah muka.

Hati ibu bapa manalah yang tak gelisah bila anak dalam keadaan begitu. Entah sakit atau pun lebih tepat diganggu oleh makhluk halus. Sedar atau tidak, ada antara kita yang membuka ruang untuk 'mereka' masuk ke rumah. Lagi mudahlah kerja mereka ini untuk mengganggu anak kecil yang masih bayi terutamanya.


Cuba ingat kembali, ada tak anak patung yang dipamerkan atau dimuliakan di dalam rumah? Perkongsian pengalaman oleh Taufiq Razif melalui laman facebooknya boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa di luar sana. 

Jangan ambil mudah kerana boleh dikatakan hampir semua rumah pasti ada yang menyimpan patung atau boneka ini. Semoga bermanfaat.

"Eh Kenapa Solahuddin Terjaga Sambil Tunjuk Ke Atas Siling ni?"

Benda ni baru je terjadi semalam. Anak kedua saya ni tiba-tiba je terjaga di tengah malam sambil tangan dia tunjuk ke atas.

Saya yang terjaga terus lihat ke siling yang anak saya duk tunjuk tu. Kosong! Takde ape pun! Tiba-tiba je anak saya menangis!


Ya Allah. Ni mesti kerja Ummu Sibyan ni! Sejenis syaitan yang disebutkan dalam Hadis sebagai jin yang suka ganggu kanak-kanak.


Terus saya palingkan anak saya ke dada saya dan saya tepuk-tepuk punggung anak saya untuk bagi "shock & distract" pada anak saya yang tengah fokus memandang ke atas.

Sambil tepuk tepuk anak saya saya bacakan secara kuat Surah Al Fatihah dan juga Ayat Kursi. Tiba-tiba je tangisan anak saya tu berhenti dan anak saya tu lena sampai ke pagi.

Lepas anak saya tu tidur terus saya bagitahu isteri saya. Rupa-rupanya isteri saya tak matikan radio. Duk pasang lagu entah apa-apa. Patut la benda tak elok masuk ke rumah. Aduh! Saya check juga ada tak anak patung yang mungkin tak sengaja dipamerkan atau dimuliakan.

Kenapa?

1. Anak patung ni hukumnya HARUS pada anak-anak yang belum baligh je. Tak kisah la patung teddy bear ke Batman ke Spiderman ke.


2. Kalau patung untuk anak pun sebaiknya jangan diletakkan di atas meja, digantung di tempat tinggi ataupun dipamerkan di dalam almari. Jangan! Sebab ianya dikira memuliakan patung.

3. Kalau nak juga simpan anak patung, letak je di bawah katil, di kaki ataupun di lantai. Lebih selamat.

4. Patung ni membuatkan malaikat rahmat tak masuk dalam rumah. Jadi agak-agak benda apa yang masuk kalau malaikat rahmat taknak masuk?

Sumber: Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2qspj1N
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qqHdkF
via MerahHatiCintaku.blogspot.com