Tuesday 3 April 2018

Eina Azman Sewa Hotel 2 Bulan Untuk Bibik Pulih Sebelum Kembali Bekerja Semula


Kehidupan Datin Paduka Eina Azman selepas berkahwin kelihatan bahagia ditambah pula dengan kehadiran sepasang kembar. Dia juga aktif dalam berkongsi aktiviti hariannya menerusi laman Instagram. Segala aktiviti memasak didapur dan berkongsi resepi pernah menarik perhatian dan dipuji netizen. Malah, timbul beberapa persoalan dari netizen, kemana bibik Poji?

Terbaru, dia berkongsi video pertemuan bersama pembantu rumahnya, Bik Poji. Amah ini direhatkan selama 2 bulan kerana dijangkiti penyakit Tuberkulosis (TB). Sayang dan rindu betul Eina terhadap Bik Poji ini. Maklumlah, sudah 2 bulan tak berjumpa.

Setelah 2 bulan

Video yang dimuat naik oleh Eina Azman menerusi laman Instagram miliknya menyaksikan Eina memeluk pembantu rumahnya, Bik Poji dan melepaskan rindu setelah 2 bulan tidak berjumpa.

Saya jaga kebajikan bibik saya


Eina menjelaskan dia dan suami membuat keputusan untuk memberi penginapan hotel selama 2 bulan kepada pembantu rumahnya. Bik Poji telah diserang penyakit TB dan disarankan doktor pakar untuk menjauhi diri dari kanak-kanak kerana penyakit tersebut adalah berjangkit.

Syukur, kesihatan Bik Poji semakin baik dan dia berkhidmat semula untuk keluarga Eina Azman dan suami. Pasti dia rindu anak kecil Datin Eina ini.

Peminat respek sikap Datin Eina dan suami


Pakej lengkap


Sumber: Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GvC45G
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2q1Wic8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com