Sunday 1 April 2018

"Saya Tidak Pernah Melihat Pemerintah Penakut Seperti Ini", Kata Nurul Izzah Anwar..


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau tidak pernah lagi melihat pemerintah yang paling penakut sehingga terdesak mengubah persempadanan semula kawasan pilihan raya kali ini.

"Kalau benarlah UMNO Barisan Nasional ini sangat yakin dengan kemenangan, tak masuk dek akal untuk mendesak memaksa proses persempadanan semula yang mengubah kawasan parlimen sampai ke tahap ini", katanya.

"Bukit Katil dipindahkan 25,000 pengundi dan kebetulan Yb Shamsul memenangi kawasan itu pada PRU 13".

"Kemudian di ubah semua kawasan sehingga keseluruhan di Perlis itu mempunyai pengundi kurang daripada beberapa DUN di Selangor dan pada masa yang sama di tambah daripada 400,000 ribu kepada 1 juta lebih pengundi pos".

Nurul Izzah berkata pengundi pos itu terdiri daripada anggota bomba, pegawai penjara, serta pegawai kesihatan dan isteri mereka.

Kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada PRU13 dengan hampir 7,000 lebihan undi.

Nurul Izzah berkata demikian selepas sesi soal jawab pada seminar Maqasid Shari'ah dalam pilihan raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor petang semalam.

Dewan Rakyat sudah meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Mac lalu dan diwartakan sebagai undang-undang sehari kemudian.


Sumber: https://www.kinitv.com/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GomLf8
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2J9kKRJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com