Monday 2 April 2018

Serangan Orang Minyak. Rumah Nik Anis Ashira Dikawal 60 Orang Penduduk Kampung..


KOTA BHARU – Kira-kira 60 penduduk melakukan rondaan dan berkawal di sekeliling rumah didiami seorang remaja, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian dekat sini tengah malam kelmarin bagi menangkap orang minyak yang mengganggunya.

Wartawan Kosmo! yang meninjau rondaan itu turut menghidu bau busuk dan tengik bersama beberapa penduduk kampung yang dipercayai datang dari bawah rumah mangsa sehingga menyebabkan mereka mengalami batuk-batuk.

Namun, punca sebenar bau tersebut masih belum diketahui walaupun penduduk kampung telah memeriksa di kawasan bawah rumah mangsa.

Bagaimanapun, sejurus terhidu bau tersebut, Nik Anis Ashira menjadi gelisah sebelum dia ditenangkan oleh ibunya, Tengku Hasnah Tengku Yusof, 43, dan seorang pengamal perubatan tradisional.

Tengku Hasnah berkata, dia yang bekerja di Kajang, Sela­ngor bergegas pulang ke Kubang Kerian dengan menaiki bas eks­pres sejurus mendapat panggilan telefon daripada adiknya berhubung serangan orang minyak itu.

Laporan sebelum ini..

Kira-kira 100 penduduk Kampung Pengkalan Demit di Kubang Kerian dekat sini heboh dengan kemunculan orang mi­nyak yang didakwa mengganggu dan kerap membaling batu ke arah rumah mereka dalam tempoh sebulan lalu.

Bagaimanapun, gangguan orang minyak semalam memasuki episod baharu apabila seorang remaja, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, mendakwa dia ‘ditangkap’ orang minyak ketika menjemur baju di belakang rumahnya pada pukul 9 pagi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian II itu mendakwa, dia ditarik dari arah belakang sebelum diheret masuk ke ruang tamu rumah sebelum kaki, tangan dan badannya diikat di kerusi.

Cerita Nik Anis Ashira, sepanjang kejadian itu dirinya seolah-olah dipukau apabila badannya menjadi lemah sehingga tidak mampu melawan. Malah gadis itu mendakwa dia juga tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan kelibat orang yang menyerangnya.

“Saya seperti dipukau sehingga tidak dapat menggambarkan pelakunya dan hanya tersedar selepas terasa leher dicekik seseorang.

Sumber: Kosmo


from Sehinggit Media https://ift.tt/2pZK98q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2q0huQ0
via MerahHatiCintaku.blogspot.com