Monday 2 April 2018

"Syaratnya, Kena Sayang Anak Kami Juga," - Rela Bermadu, Isteri Lan Solo Dihentam Hebat


Siapa yang tak kenal dengan Lan Solo? Namanya kian naik sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza tahun lalu.

Terbaru isterinya Nur Sheila Hashim telah memuat naik status di Instagram dengan gurauan yang dia rela bermadu.


Segalanya bermula bila dia menerima mesej dari peminat yang ingin berkongsi kasih.


Malah dia juga meletakkan syarat kepada wanita yang ingin menjadi madunya harus menyanyangi anak-anak mereka juga.

Walau bagaimanapun niat untuk bergurau itu mendapat kecaman dari para netizen.



Selepas dihentam berterusan, wanita berusia 33 tahun meminta maaf kerana menyentuh sensitiviti dalam rumah tanngga dan menimbulkan perasaan tidak puas hati pada para netizen.


Apa pun hati-hati dalam mengeluarkan kata-kata atau menulis apa-apa di media sosial. Lebih banyak buruk dari baiknya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media https://ift.tt/2pYo1LQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2H3Qxmq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com