Hari ini, Farhan menjadi salah seorang tetamu jemputan di sebuah program bual bicara yang menyentuh topik 'Janda Rebutan', yang kena dengan isu yang dihadapinya pada waktu ini.
Menurut Farhan, dia tidak pernah memilih sesiapa. Sebaliknya Allah yang memilih untuk dia berkahwin dengan janda anak lapan itu.
"Kita di dunia ini hanyalah pelakon sahaja. Sebaliknya segalanya bergantung pada arahan Allah kerana dialah director. Seperti mana saya tegaskan sebelum ini, saya tidak pernah pilih siapa-siapa. Sebaliknya Allah yang pilih untuk saya iaitu seorang wanita janda anak lapan. Segalanya dari Allah," katanya dalam program terbitan Mingguan Wanita itu hari ini.
Jelas Farhan, dia mempunyai alasannya menerima kehadiran janda anak lapan itu.
"Memang telah menjadi rutin, setiap bulan saya akan membawa jemaah umrah ke Tanah Suci. Orang yang kerap ke sana akan tahulah aura tanah suci itu macam mana. Lain sungguh rasanya.
"Tidak dinafikan setiap kali ke sana, saya akan selalu berdoa apa yang saya inginkan. Minta apa sahaja pasti dapat dengan izin Allah, maklumlah di sana.
"Begitu juga soal saya nak nikah. Saya boleh nikah kalau saya nak tetapi mungkin pada masa itu memang bukan jodoh saya iaitu 18 wanita sebelum itu.
"Tetapi wanita ke-19 ini lain auranya, saya tidak boleh ceritakan lebih-lebih. Nanti akan menjadi fitnah pada saya. Semuanya aturan Allah, saya tidak mengharap pandangan orang lain, hanya pandangan dari Allah saya mahukan.
"Seterusnya bila di Tanah Suci, saya rasa tekad untuk bernikah. Jadi kenapa kita nak takut. Saya tak buat semua ini di belakang tabir, maklumkan kepada isteri. Dia awalnya memang tak boleh terima dan sedih. Selepas dua hari, dia mula bertanya dan beransur positif.
"Tetapi tiba-tiba bertukar negatif bila dia berkongsi dengan orang lain. Namun perkara tersebut tidak patahkan semangat saya untuk mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua.
"Bila kita selalu ke Mekah, kita ada guru untuk merujuk atau tempat bertanya apa-apa tentang agama dan sendiri amalkan. Malah bagi yang tidak tahu, kalau di Tanah Arab, kebiasaan lelaki di sana bernikah lebih dari satu dan lelaki yang beristeri satu adalah low class.
"Kalau kita di Malaysia orang akan tanya anak berapa. Di sana pula berbeza, mereka akan tanya berapa orang isteri. Oleh itu bila saya bertanya pada guru di sana, mereka akan galakkan untuk berpoligami.
"Alhamdulillah kehidupan saya dengan lapan anak dengan isteri kedua yang sangat caring amat bahagia. Anak-anak memang welcome dengan papa mereka.
"Buat masa sekarang, apa yang saya ingin nasihatkan agar jangan ada pihak di luar sana mengambil kesempatan. Jangan api-apikan dan menuang minyak atas keadaan yang berlaku.
"Sebenarnya segalanya nampak mudah di peringkat permulaan, tetapi mungkin ini takdirnya. Jadi saya redha. Fitnah ini ibarat angin ribut yang menerbangkan dosa saya," katanya.
Sumber: Mingguan Wanita via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2DWklR3
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2sRKDlt
via MerahHatiCintaku.blogspot.com