Abang Ensem dulu adalah salah seorang team Denaihati Network. Sekarang beliau sudah melangkah jauh dalam dunia hartanah dan kewangan. Sifu hartanah yang menajdi idola dan inspirasi kepada lebih 60 ribu follower FB beliau. Kepada yang belum follow boleh lah klik fb Meor Zaidee, pasti kalian akan belajar berbagai ilmu dengan cara paling poyo.
Cara perancangan kewangan untuk tahun 2020 :
1. Siapkan forecast cashflow untuk tahun berikutnya setiap kali masuk bulan Disember beserta target simpanan dan tax planning.
2. Rekodkan setiap perbelanjaan harian dari sekecil-kecil duit masuk tandas sehinggalah ke sebesar-besar beli jam Patek Phillipe.
3. Compile perbelanjaan harian itu setiap minggu dan lihat ke mana hala tujunya duit kita.
4. Pantau perbelanjaan secara bulanan agar apa yang kita forecast itu dapat dicapai.
5. Jika target yang ditetapkan itu terlalu awal achievementnya, maka adjust sedikit hala tujunya bagi menyelamatkan jumlah cukai kita.
6. Manakala simpanan yang sudah tersedia pula perlu dilihat platform yang mampu mempercepatkan janaan gandaan wang itu. Buat masa ini pasaran saham amat lazat popitnya.
7. Bila masuk Disember tahun berikutnya, jumlahkan amaun zakat pendapatan, harta, emas, perniagaan mengikut haulnya untuk dibayar.
Semuga memberi manafaat kepada semu.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2SF9V0R
via Denaihati.com