Pegang lah usaha nabi dan gigit dengan gigi geraham, di akhir zaman ni amalkan sunah macam gengam bara api. Buat kerja dengan mesyuarat, taatilah amir walaupun keputusan merugikan kita, duduk dalam jemaah, banyakkan masa di dalam masjid dan luangkan masa dengan orang miskin, hidupkan taklim. Semua ini adalah tali untuk ikat kita dan keluarga kita dari fitnah dajjal.
Cabaran 2020 ini lebih mencabar, sistem sains teknologi yang diagungkan manusia sudah sampai ke penghujungnya. Semua teknologi yang dicipta sudah jadi paling besar, paling laju, paling tinggi, paling pandai, paling kecil tapi ternyata semua ini tidak boleh selesaikan masalah manusia.
Kemajuan tidak pernah berada di depan tapi kemajuan berada di belakang, tiada zaman yang paling maju dari zaman yang ALLAH berikan kepada zaman Nabi Muhammad saw, mereka takde teknologi sains seperti sekarang tapi mereka ada hubungan baik dengan Allah, di zaman itu mereka boleh datangkan setimba air dari langit, mereka boleh menghalau larva dari gunung berapi seperti mana menghalau kambing kembali ke kandang mereka boleh menang dalam semua peperangan dengan jumlah tentera yang paling sedikit dan senjata yang tumpul. Nak tahu apa kekuatan yang mereka cuma ada dua iaitu dakwah dan doa.
Semua para nabi dan anbia doa mereka di terima apabila mereka sibukkan kehidupan mereka dengan dakwah. Lebih 900 tahun Nabi Noh buat dakwah barulah Allah angkat dia nabi Noh , begitu juga dengan Nabi Ibrahim sibuk dalam dakwah dengan doa yang ringkas sebelum di masukkan dalam api Allah telah terima doa ini hingga api yang panas menjadi sejuk dah sejahtera. 10 tahun Nabi Muhammad buat dakwah barulah Allah zahirkan pertolongan dalam perang badar itu pun berjam jam nabi angkat tangan mohon kepada Allah..
Sayangnya kita malas dalam dakwah dan kita malas dalam doa sebab itu Allah hancurkan negara islam satu persatu, masyarakat islam di hina di mana mana. Orang islam bergaduh dan bercakaran sesama sendiri gara gara untuk mendapatkan dunia yang di ibaratkan seperti nilainya tak lebih dari nilai kepak nyamuk. Musuh islam masuk kan sistem demokrasi hanya sebagai senjata untuk pecah belah kan umat islam.
Ayuh kita ajak diri kita isteri dan anak-anak kita dan seluruh umat kembali ke jalan yang di tunjuki oleh Nabi 1400 tahun yang dahulu, hidupkan sunah Nabi dalam setiap tindakan kita dgn keluar di jalan Allah…
Semoga nasihat ni aku yg bercakap dpt amalkan dan korang yg membaca ni dapat kebaikkan.
Sila beberapa lagi penulis pendakwah dunia Hj Mohd Amin Hassan di blog Denaihati.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2szK4gj
via Denaihati.com