Gambar Sekadar Hiasan |
Bila masuk bab suap-menyuap ni, rasa kita kali terakhir makan suap-menyuap adalah sewaktu makan beradab. Selepas itu, tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan, malu.Malu orang nampak, malu anak-anak pandang.
Suami kena tahu satu perkara, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Masa itulah rasanya nikmat. Baca perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew bagaimana rezeki masuk dengan amalkan suap-menyuap sesama pasangan.
AMALKAN SUAP ISTERI DAN ANAK MAKAN… INSYALLAH MURAH REZEKI KALIAN SEKELUARGA…
Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini
menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja..
“Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu..
“Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?” saya tanya.
“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.
“Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?” Tanya saya lagi.
“Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi.
” Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat.
Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”
“Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengankeluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”
“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!”
“Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut nak suap mak dia.”
Mulai hari ni, Cuba abang amalkan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
“Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkansaya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa..
Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.”
Mulai hari ni, Cuba korang amal kan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah lah, orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Korang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/354Fq77
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZCdvuo
via MerahHatiCintaku.blogspot.com