MENYAYAT HATI! Seorang gadis yang menjadi mangsa rogol bapa sendiri meninggal dunia selepas melahirkan bayi yang merupakan anak hasil perbuatan keji lelaki tersebut.
Luana Ketlen, 13, meninggal dunia pada 11 Disember lalu selepas dia dikejarkan ke sebuah hospital di Brazil akibat menderita sakit perut yang teruk.
Pegawai perubatan kemudian mendapati gadis malang tersebut hamil.
Ekoran keadaan Luana yang tenat, doktor memutuskan untuk melakukan kelahiran secara paksa demi menyelamatkan nyawanya.
Luana akhirnya selamat melahirkan seorang bayi pramatang.
Namun, keadaan gadis tersebut semakin teruk dan dia kemudian dikejarkan ke hospital pakar dengan ambulans udara.
Luana bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Keputusan ujian mendapati dia mengalami pelbagai komplikasi termasuk sirosis hati, air berlebihan pada paru-paru dan tekanan darah rendah.
Polis mengeluarkan waran untuk menangkap bapa mangsa, Tome Faba yang berusia 36 tahun berikutan kematiannya.
Dilaporkan, Tome mula memperkosa anak perempuannya itu sejak mangsa berusia sembilan tahun.
Sumber: Dailystar via Mstar Online
from Sehinggit Media News https://ift.tt/35fl4Z4
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2rJ7Iqa
via MerahHatiCintaku.blogspot.com