from Sehinggit Media https://ift.tt/3gzvl9c
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gAxWjn
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kehidupan ini ibarat satu bentuk permusafiran ibadah bagi seorang hamba menuju Penciptanya.
Dalam perjalanan, kita terpaksa mendaki gunung-ganang yang sukar untuk ditempuhi, merentas lautan yang bergelora, taufan yang mengganas, dan melalui belantara yang tebal serta berduri.
Walau apa yang terjadi dalam hidup ini, lihatlah ia sesuatu yang mendamaikan jiwa meskipun perit yang kita rasakan.
Bersyukur bukan sahaja apabila diberi rezeki dan kurniaan daripada Allah, malah, setiap ujian yang mendatang, lazimi diri untuk terus bersyukur dan melafazkan Alhamdulillah.
Kita bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.
Kita hidupkan enjin kereta tapi tak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.
Susah nak kejutkan anak bangun tidur. “Hish budak ni, apa nak jadi”. Tapi ada jiran waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Penciptanya.
Baca : 5 Cara Bersyukur Dengan Mudah
Kita sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.
Kita rasa bosan dengan pasangan kita. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.
Kita rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan. Kita komplain. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.
Kita rasa pakaian kita tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju sahaja.
Kita rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.
Baca : ‘Ujian’ Yang Allah Beri Adalah Jalan Menuju Ke Syurga
Kita rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Kita rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap kita. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula.
Syukurlah walau apa jua keadaan kita masih bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah.
Dah baca sila share. Semoga bermanfaat
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera dan salam satu dunia.
Baru-baru di Minnesota telah menggemparkan rakyatnya dengan kematian George Floyd.
Beliau telah dibunuh oleh seorang polis yang dengan sengaja meletakkan lutut di bahagian leher sehingga Mr Floyd tidak dapat bernafas dan merayu agar dia dilepaskan.
Kisah Kematian George Floyd yang menggegar Amerika Syarikat
Bermula dengan laporan dibuat oleh sebuah mini market pada 25/5 tentang wang palsu $20 yg digunakan oleh George Floyd untuk membeli sekotak rokok.
Mengikut kata toke kedai, Mr Floyd selalu datang ke kedai tersebut dan tidak pernah buat masalah. Pada hari kejadian toke kedai tak ada di kedai, yang ada seorang pekerja remaja.
Remaja tersebut meminta balik rokok yang dibeli oleh Floyd apabila dia dapat duit $20 itu palsu. Floyd tidak memulangkan balik rokok dan ketika itu dia kelihatan seperti mabuk. Remaja tersebut telah membuat panggilan ke 911 utk meloparkan kejadian.
Tak lama kemudian dua orang polis datang ke tempat kejadian. Floyd berada di dalam kereta berhampiran kedai tersebut bersama dua orang kawan.
Polis tersebut menghampiri kereta Floyd. Salah seorang polis Thomas Lane telah mengeluarkan pistol dengan mengarahkan Floyd mengangkat tangan dan menarik Floyd keluar dari kereta. Floyd cuba melawan daripada digari tangan.
Beberapa anggota Polis termasuk Mr Chauvin sampai untuk membantu. Mereka berusaha untuk memaksa Floyd masuk dalam kereta polis tetapi gagal.
Berlaku pergelutan Floyd dan pihak polis sehingga Floyd jatuh ke jalan raya. Ketika ini ramai orang awam merakam kejadian tersebut.
Chauvin telah menekan leher Floyh dengan lututnya selama 8 minit 48 saat dan tidak mengendahkan rayuan Floyd yang mengatakan dia tak dapat bernafas.
Pada minit ke 6 lehernya ditekan, Floyd sudah tidak memberi tindakbalas. Selepas Chauvin mengangkat lututnya Floyd sudah tidak bergerak dan diumumkan meninggal apabila di bawa ke Pusat Perubatan Hennepin Country.
Bermula dari Minneapolis, Minnesota rakyat bangun menunjuk perasaan atas kematian George Floyd sejak rabu sehingga merebak ke seluruh Amerika Syarikat.
Berlaku kejadian rusuhan di merata Amerika Syarikat sebagai bantahan atas keganasan polis terhadap etnik kulit hitam.
Chauvin telah didakwa atas kes membunuh namun tidak dapat meredakan keadaan.
Ini bukan kali pertama orang kulit hitam Amerika dibunuh oleh polis cuma kali ini jadi lebih buruk dengan tekanan akibat Covid-19 yang melanda Amerika sehingga berpuluh juta rakyat hilang pekerjaan.
Mungkinkah ini satu permulaan kejatuhan ego Amerika yang kononnya memperjuangkan demokrasi tetapi rakyat kulit hitam mereka hidup dalam kesusahan tanpa pembelaan.
Orang susah apabila ditekan akan bangun lebih garang.
Golongan perokok berisiko tinggi mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti #COVID19 #COVID19 penyakit berjangkit menyerang terutama paru-paru. Merokok pula merosakkan fungsi paru-paru dan ini menjadikan badan perokok lebih sukar lawan virus itu dan penyakit lain.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Membaca surah Al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Baca : Surah Al-Kahfi dan Kelebihannya
Antara kelebihan lain Surah Al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”
(Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah Al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah Al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan Al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap Al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat Al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Baca : Kisah Ashabul Kahfi
Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah Al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Semoga kita semua selamat dari segala fitnah dajjal laknatullah. Aaminnn
Sebarkan