Thursday, 28 May 2020

Orang Ramai Dinasihati Bawa Pen Sendiri Daftar Maklumat Sebelum Masuk Premis Perniagaan


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya membawa pen sendiri untuk mendaftar maklumat peribadi sebelum memasuki premis perniagaan seperti pasar raya dan restoran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya sentiasa mencari penyelesaian terbaik bagi melindungi masyarakat daripada penularan COVID-19, termasuk dengan penggunaan kod QR melalui MySihat di premis perniagaan.


"Bagaimanapun jika tiada kod QR, kita menasihatkan supaya anda membawa pen sendiri. Kalau tiada pen, ada juga kedai di mana staf mereka yang menuliskan maklumat anda, ia juga salah satu cara.

"Jika tidak membawa pen, pastikan anda sanitasi tangan dan pen sebelum menggunakannya, kalau anda bimbang kerana pen itu digunakan umum. Ia cara terbaik sebagai langkah perlindungan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3diLGxe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XClw1L
via MerahHatiCintaku.blogspot.com