Monday, 25 May 2020

Memalukan! Gambar Ramas Punggung Isteri Di Hari Raya Jadi Ikutan Di Twitter


Asal ada yang viral dan trending, semua hendak diikutkan tanpa memikirkan baik dan buruk. Kalau boleh, semua yang trending memang tidak mahu ketinggalan.

Mengapa kita perlu mengikut sesuatu ‘budaya’ yang tidak elok?

Seperti perkongsian cikgu Mohd Fadli Ismail ini tentang trending terbaru di Twitter iaitu pasangan suami isteri atau kekasih bergambar hari raya sambil pose meramas punggung pasangan.

Sungguh memalukan dan menjijikan..

Baca perkongsi cikgu Mohd Fadli di bawah:

Trending terbaru di twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat twitter hari ini (raya pertama).

Gambar raya sambil ramas punggung isteri/gf.

Ia tak sweet okey! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.

Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, gf ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial. Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti.


Hari raya ini hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.

Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri?

Serius ia tak okey!

Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan.

Kita ada budaya ketimuran. Kita ada agama yakni Islam.

Dan trending baru ini langsung tidak mencerminkan budaya, apa lagi agama.

Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.

Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati.

Ia tak okey. Langsung tidak!

Bukan semua perkara kita boleh persendakan. Sebagai umat Islam kita wajib menjaga batas agar menjadi teladan kepada golongan muda. Tunjukkan akhlak yang baik agar oleh dicontohi bukan yang sebaliknya.

Sumber: Mohd Fadli Salleh


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gm0UmW
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TE56EP
via MerahHatiCintaku.blogspot.com