Saturday, 30 May 2020

Rentas Negeri Untuk Suami-Isteri Yang Berjauhan Dibenarkan Mulai Isnin Ini


KERAJAAN membenarkan semula perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja mulai Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri hari ini memberi kelonggaran kepada pasangan untuk berbuat demikian bermula 1 Jun ini.

Menurutnya, sebelum ini ia dibenarkan sebelum ia dihentikan sebelum perayaan Aidilfitri dan kini kerajaan memutuskan ia ditarik balik.

"Hari ini mesyuarat bersetuju bahawa larangan itu ditarik balik. Oleh itu pasangan suami isteri yang terpisah boleh merentars negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing.

"Perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja. Sebagai contoh tinggal di Negeri Sembilan tetapi bekerja di Putrajaya. Bagaimanapun rentas negeri masih tidak dibenarkan selain dari alasan yang saya sebutkan ini," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/36Jjoct
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dgIKBd
via MerahHatiCintaku.blogspot.com